Wednesday, November 12, 2008

Persahabatan kami semata-mata kerana Allah..


Alhmdulillah..
Ilahi Anta Maqsudi, Wa RedhaKa Mathlubi..

Setelah sekian lama aku tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat ku.
Akhirnya aku dpat bertemu dengan mereka lagi semalam..
walaupun tidak semua yang ada,
tapi aku dapat meraskan kehadiran semua.
Kedatangan mereka yang sekejap itu telah menjadi kan semangat aku untuk ke Ardhul Kinanah kembali semula.Agar dapat teruskan perjuangan bersama dalam mencari ilmu Allah yang Maha Luas,
seperti mana kami di kolej dulu.

Terima Kasih Sahabat.
akan aku terus mendoakan kejayaan kamu semua.
Termeterai nya persahabatan kita bukan kerana kepentingan keduniaan semata-mata,
Tapi semata-mata untuk mendapatakan keredhaan Allah Azzah Wa Jalla.

"Ya Allah..
aku bermohon pada-Mu Ya Allah..
kekal kan lah persahabatan kami Ya Allah..
buang kan sifat mazmumah dalam diri kami Ya Allah..
agar kami tidak lupa akan tujuan persahabatan kami Ya Allah..
Engkau redhai lah persahabatan kami Ya Allah..
Engkau redhai lah amalan kami Ya Allah..
Agar kami akan terus dapat bersama dalam mengharungi suka dan duka bersama,
dalam mencari keredhaan-Mu Ya Allah..
Engkau lah Yang Maha Kaya dan kami ini sangat miskin daripada Mu Ya Allah..
Engakau lah Maha Kuasa dan kami ini sangat lemah daripada Mu Ya Allah..
Allah...Allah..Allah..
Maqbulkan permintaan ku ini Ya Allah..












Monday, October 13, 2008

Renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim..
aku tak tau bagaimana nak mulakan.
sudah hampir 2 bulan aku mndiam kan diri..
aku agak sibuk dengan kerja dunia sekarang ini..
sehingga aku kadang2 lupe untuk melebihkan masa untuk Allah..
hanye cukup makan saje yg aku kerja kan untuk Allah..
adakah layak untuk aku bergelar seorang ustaz atau 'alim?
seorang yang ustaz atau 'alim mereka akan banyak habiskan masa untuk kerja dengan Allah..
bukan hanye sekadar cukup makan saahaja.
Kerana ulama' adalah Warithatul Anbiyya' (Pewaris Nabi-Nabi)
Para-Para Nabi banyak menghabiskan masa dalam mengerjakan perintah Rabbul 'Alamin..
tetapi bersederhana dalam perkerjaan dunia..
Seperti mana ada kata-kata yang berbunyi:
"Berkerjalah untuk dunia mu ibarat kamu akan hidup selama-lama nya, dan berkerjalah untuk akhirat mu ibarat kamu akan mati esok hari."
Mari lah kita renung kembali kata-kata ini dan muhasabah semula..
semoga diri kita,keluarga dan umat Islam semuanya mendapat Rahmat Allah S.W.T
Ya Allah..ampunilah segala kelalaian dan ke-alpaan kami pada-Mu Ya Allah..


Thursday, August 21, 2008

Makna Zikir..

Zikir bererti mengingati Allah Ta’ala dalam apa keadaan sekali pun. Syariat Islam mengharuskan zikir secara perlahan dan lantang. Ulamak-ulamak syariah mengesyorkan agar kita berzikir secara lantang seandainya tidak mendatangkan sifat riak atau mengganggu orang yang sedang solat atau tidur. Antara dalil-dalil mereka ialah Hadis Abdullah Ibn Zubair:-

“ Sudah menjadi tabiat Rasulullah selepas memberi salam dari solatnya, baginda akan meninggikan suara dengan mengucapkan:

" لااله الا االه وحده لاشريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير, ولا حول ولا قوة الا بالله ولا نعبد الا اياه له النعمة وله الفضل "

Terdapat juga sanggahan-sanggahan yang mengatakan berzikir dengan lantang seperti mana yang diamalkan di dalam tarekat-tarekat tidak ada Nas Syar’ie. Iman As-Sayuti di dalam kitabnya “ Natjah Al-Fikr Fi Al-Jahr Bizzikri “ mendatangkan 25 hadis yang mengharuskan zikir secara lantang. Beliaw juga berkata “ Sesungguhnya tidaklah makruh pada amalan zikir secara lantang. Adakalanya datang hadis dengan menghukum sunat zikir secara lantang dan adakalanya pula hadis datang dengan menghukum sunat zikir secara perlahan. Himpunan-himpunan hadis itu mendatangkan natijah bahawa cara zikir itu berbeza-beza mengikut keadaan dan individu masing-masing.”

Dalil bagi golongan yang tidak mengharuskan zikir secara lantang ialah firman Allah Taala di dalam Surah Al-A’raf ayat 205:

" واذكر ربك فى نفسك تضرعا وخيفة ودون الجهر من القول "

Maka ulamak telah menjawab bahawasanya ayat itu diturunkan di Mekah seperti ayat di dalam Surah Al-Israk ayat 110 “ ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها “. Ayat ini diturunkan ketika Nabi S.A.W melantangkan bacaan Al-Quran. Kafir musyrikin telah mendengar bacaan Nabi S.A.W dan memaki Allah dan Al-Quran. Maka Nabi S.A.W diarahkan oleh Allah agar meninggalkan bacaan Al-Quran secara lantang ketika itu.Imam Nawawi di dalam fatwanya juga mengatakan bahawa zikir secara lantang terlebih afdhol daripada zikir perlahan di sisi Mazhab Imam Syafi’e, dua riwayat di sisi Imam Malik dan Mazhab Imam Ahmad.
Setiap ahli tarekat juga digalakkan supaya sentiasa berzikir secara individu dan berkumpulan atau di dalam majlis zikir (halaqah zikir). Biasanya majlis zikir ini akan diadakan sekali atau dua kali seminggu. Semuanya ini dilansungkan mengikut landasan syarak tanpa mencampuri perkara-perkara syubhat dan haram seperti iktilath ( bercampur lelaki dan perempuan tanpa mengikut hukum syarak) ,menggunakan alat muzik yang diharamkan, menyanyi dan sebagainya. Pertemuan inilah memberi kesempatan kepada syeikh untuk menyematkan adab-adab dan membentuk akhlak ahli-ahlinya.

Saidina Anas R.A mengatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda :” Apabila kamu semua lalu berhampiran dengan taman-taman syurga, maka berhenti dan duduklah di situ. Sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Rasulullah menjawab :” Halaqah zikir” (iaitu majlis zikir).

Selain daripada mengikuti majlis zikir, ahli tarekat juga tidak meninggalkan zikir ketika bersendirian samada Zikir Mutlak ataupun Zikir Muqayyad. Amalan ini dilakukan tanpa meninggalkan adab-adab yang ditentukan seperti berpakaian bersih, berwangi-wangian, merendahkan serta menghina diri, khusyuk, sopan, menundukkan kepala, menjaga hati dari hasad, bakhil , riak, ujub, mengingati kelazatan dunia daan sebagainya. Zikir Muqayyad adalah zikir yang tertakluk kepada masa dan tempat seperti zikir selepas menunaikan solat, tasbih, tahmid dan takbir, ketika musafir, makan , minum, sebelum tidur, selepas bangun dan lain-lain zikir yang telah sunatkan kepada kita. Zikir Mutlak ialah zikir yang tidak tertakluk kepada masa dan tempat tetapi dituntut di dalam setiap kedaan bagi memenuhi tuntutan firman Allah Taala di dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 :

" فاذكروني أذكركم "

Saidatina Aishah telah meyifatkan Rasulullah dengan katanya :” Tabiat Rasulullah ialah berzikir pada setiap masa”. (riwayat At-Tarmizi di dalam kitab Dakwah)

Seseorang Syeikh tarekat akan menetapkan bilangan zikir Mutlak berdasarkan kemampuan ahlinya. Ahlinya juga boleh meminta izin untuk menambahkan bilangan zikir itu seandainya dia mampu . Meminta keizinan ini dalah salah satu adab seorang ahli di dalam proses pentarbiahan rohani. Antara lafaz zikir yang digunakan di dalam sebuah tarekat ialah Istiqfar, Salawat, Tahlil , lafaz Allah dan sebaginya. Sesetengah tarekat mementingkan pergerakkan ketika berzikir. Pergerakkan ini bukanlah suatu bid’ah tetapi perkara yang diharuskan pada syarak berdalilkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad nya dan Al-Hafiz Al-Maqdisi.

Anas R.A berkata “ Orang-orang Habsyah menari-menari di samping Rasulullah sambil berkata:” Muhammad hamba Allah yang soleh”. Maka Rasulullah S.A.W bertanya:” Apakah yang mereka katakan” lalu dijawab :” Sesungguhnya mereka mengatakan Muhammad hamba Allah yang soleh”.

Tatkala Rasulullah S.A.W melihat mereka, baginda tidak mengingkarinya sebaliknya mentakrirkan perkara itu. Telah maklum bahawa hukum-hukum syarak diambil daripada sabda baginda, perbuatan dan takrir. Jelas kepada kita bahawa amalan itu harus hukumnya.

Saidina Ali R.A pernah menceritakan keadaan golongan yang berzikir dengan katanya : ” Mereka beralun-alun seperti pokok yang beralun pada hari ditiup angin.”

Ibnu Abidin R.A di dalam fatwanya telah menghukum harus pergerakkan di dalam berzikir. Pergerakkan ini dapat membangkitkan semangat ahli zikir dan membawa kepada kenikmatan di dalam berzikir. Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan-golongan yang mengakui bahawa mereka adalah ahli tarekat dan mengadakan majlis zikir dengan memasukkan unsur-unsur yang berbentuk syubhat dan haram seperti alat muzik yang dilarang oleh Islam, menyanyi dan berbual-bual kosong tanpa ada hubungan dengan amalan-amalan membersihkan hati. Ini berlaku kerana kejahilan orang-orang tertentu dan serta bukan di atas manhaj-manhaj tarekat dan tasawuf.

- والله أعلم بالصواب -

Adab sopan ketika berdoa

Sebagai umat Islam kita yakin dengan hidayat dan nikmat Allah, kita sering berdoa memohon sesuatu daripada-Nya. Justeru, kita menadahkan tangan, terutama ketika kita menghadapi pelbagai kesulitan hidup.
Allah berfirman bermaksud:
"Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu".
Dalam sebuah kitab Hikam ada dijelaskan mengenai konsep doa. Menurut kitab itu, apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon, ketahuilah bahawa Allah ingin memberikan pertolongan mengikut apa yang dipohon. Oleh yang demikian, berdasarkan doa itu sendiri yang berfungsi sebagai jiwa ibadat, maka proses doa itu adalah permohonan yang diatur dalam bentuk ayat yang menyatakan suara hati seseorang hamba.
Ketenangan jiwa akan diperolehi apabila segala kesulitan yang membabitkan diri manusia dilepaskan kepada Allah. Permohonan itu disusun dengan penuh perasaan. Selepas itu jiwa kembali jernih, murni selepas dibulatkan segala permasalahan - dalam bentuk jalinan kalimat, ditujukan pula kepada Allah.
Bertepatan dengan konsep doa itu sendiri sebagai perantara yang membabitkan suatu ruang waktu yang tiada had dan batasnya, maka Allah sendiri menyuruh setiap hambanya berdoa tanpa mengira keadaan dan masa.
Sebenarnya bentuk doa akan diperkenankan mengikut ketentuan Tuhan, asal saja doa atau permohonan itu menuju ke arah kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan umat sejagat.
Isi doa juga sewajarnya mengandungi unsur-unsur kesejahteraan umat, memohon untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, murah rezeki, sihat tubuh badan, tambahkan ilmu pengetahuan dan keimanan.
Islam melarang keras berdoa kepada Allah dengan motif yang tidak baik dan bertujuan jahat, umpamanya seseorang memohon kepada Allah:
"Ya Allah, cabutlah nyawaku, aku tidak sanggup lagi


menghadapi kesusahan di dunia ini."
Rasulullah tidak pernah memohon doa bertujuan untuk merosakkan umat manusia, biar pun baginda seringkali menderita kerana perbuatan orang lain terhadapnya.
Ruang hidup dan situasi untuk kita bertindak begitu luas. Misalnya, seseorang itu gagal dan kecewa dalam sesuatu bidang yang disertainya, sesekali perlulah beralih ke bidang lain yang berlainan, insya-Allah dengan semangat dan motivasi yang baru, Allah akan menitipkan rahmat dan nikmat-Nya. Seiring itu juga, kita perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah, kuatkan semangat serta berdoa setiap masa.
Ketidaksesuaian sewaktu berdoa turut mempengaruhi kesempurnaan berdoa. Di masjid atau surau dapat dilihat jemaah dalam pelbagai aksi sewaktu imam melafazkan doa, ada yang memegang sapu tangan, buku dan majalah. Tak kurang juga yang suka mencuit-cuit sesama sendiri.
Keadaan sebegitu tentunya tidak manis dan tidak sesuai pula dalam suatu keadaan yang begitu mengharapkan pertolongan Allah. Kita sewajibnya berada dalam keadaan penuh khusyuk, rasa rendah diri mengharapkan pertolongan Allah saja.
Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah. Imam Al-Ghazali menyenaraikan perkara itu dalam Kitab Ihya Ulumu Din Jilid 1, halaman 306-309. Antaranya ialah:
1. Pada Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan waktu sahur.


2. Dalam keadaan yang khusyuk seperti waktu sujud

3. Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sampai ke garis ketiak, bukan atas lutut.

4. Merendahkan suara, hanya sekadar dapat didengar oleh orang yang ada di sisi kita.

5. Tidak perlu menggunakan kata-kata bersajak, cukuplah dengan kata-kata yang sederhana serta merendahkan diri, tidak perlu berirama, namun diutamakan doa yang berasal daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat.

6. Mempercayai dan berkeyakinan dengan doa itu. Tidak kecewa dan gelisah jika doa belum lagi diperkenankan.

7. Memulakan doa dengan memuji Allah, jangan terus memohon apa yang dihajati.

8. Taubat sebelum berdoa.

Saturday, August 16, 2008

Fadilat Syaaban

Sabda Rasulullah SAW :

"Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan ialah Syaaban"



"Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu terhadapNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu"


"Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani)"


"Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3 hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya".


"Allah membukakan pada bulan Syaaban itu 300 pintu rahmat"


"Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kawan nabi Yusuf di Syurga dan mendapat pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud"


"Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid".


"Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga"


"Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasullulah SAW lalu katanya :



"Angkatkan kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tidak syirik kepadaNya kecuali tukang nujum, orang yang kekal berzina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"


"Allah tidak akan mengampun dosa 6 orang pada malam Nisfu Syaaban iaitu ;


1) Orang yang kekal minum arak.

2) Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.

3) Orang yang kekal berzina.

4) Orang yang banyak berkelahi.

5) Orang yang melakukan juabeli dengan sumpah dusta.

6) orang yang memperlaga orang supaya berkelahi.

"Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya"



والله أعلــم



TANDA-TANDA BAHAGIA DAN SENGSARA

11 Tanda-Tanda Bahagia


1) Menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat.


2) Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran.


3) Sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan.


4) Sangat memelihara solat fardhu yang lima.


5) Menjaga diri daripada yang haram dan syubhat, sedikit mahu pun banyak.


6) Bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik.


7) Bersifat merendah diri (tidak sombong)


8) Bersifat dermawan yang ikhlas.


9) Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain.


10) Bermanfaat kepada orang lain.


11) Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya.



11 Tanda-Tanda Sengsara



1) Rakus terhadap harta dunia.


2) Kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.


3) Kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah (menceritakan cela ornag lain).


4) Meringankan-ringankan solat fardhu yang lima.


5) Berkawan dengan golongan yang fasik (derhaka)


6) Buruk perangainya.


7) Sombong lagi membangga diri


8) Enggan memberi kebaikan kepada orang lain.


9) Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman


10) Bersifat kedekut.


11) Lupa terhadap mati.



(petikan kitab Tanbihul Ghafilin)

Wednesday, August 6, 2008

SEMBAHYANG MALAM DAN FADHILATNYA...

Apabila anda berazam untuk mengislamkan dengan tulin seluruh hati budi anda maka saudara harus mengikut beberapa jalan dan cara orang-orang terdahulu yang telahpun mendapat kurnia dan keredhaan Allah. Salah satu dari cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam membentuk diri dan sahabat beliau pada tahap-tahap awal ialah sembahyang malam.
Sembahyang malam itu memang sukar dikerjakan.
Tetapi kesannya amat baik dalam menjernihkan hati seseorang. Ia dapat memupuk kecintaan kepada Allah dan meningkatkan kerohanian, membekalkan mujahid dakwah dengan semangat dan keikhlasan.
Mujahid dakwah adalah orang yang sentiasa menghulurkan baktinya kepada masyarakat. Ia mengajukan kepada masyarakat limpahan ilmu, amal dan usapan rohaniah yang tinggi. Sebab itu ia harus memiliki limpahan rohaniah itu. Sebab "Faqidusy Syaaii Laa Yu’thi" -. فاقد الشيىء لا يعطي
Keutamaan Qiamulaill

Dalil Al-Quran

Allah menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang pada waktu malam dengan firmaNya.
إن المتقين في جنات وعيون. آخذين ما آتاهم ربهم إنهم كانوا قبل ذلك محسنين.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (Syurga) dan dimata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh tuhan mereka. Sesungguhnyaa mereka sebelum itu didunia adalah orang-orang yang berbuat baik."
[Al-Dzariyat: 15-16]

كانوا قليلا من الليل ما يهجعون. وبالأسحار هم يستغفرون.
"Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan diakhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)".
[Al-Dzariyat: 17-18]
Allah telahpun memerintahkan junjungan besar kita Nabi Muhammad agar mengerjakannya. Kiranya beliau akan mendapat tempat yang tinggi dihari kiamat kelak. Dalam surah Al-Isra’ ayat : 79, Allah berfirman:
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagi mu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
[al-Isra’: 79]
Hamba-hamba Allah yang soleh yang dipuji oleh Allah sering dikaitkan dengan ketekunan mereka mengerjakan sembahyang malam. Dan hamba-hamba yang baik dari tuhan yang maha penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka".
[Al-Furqan : 64]

إنما يؤمن بآياتنا الذين إذا ذكروا بها خروا سجدا وسبحوا بحمد ربهم وهم لا يستكبرون
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri."
[Sajjadah: 15]
تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا ومما رزقناهم ينفقون. فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين جزاء بما كانوا يعملون
"Lamboang mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui ada yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."
[al-Sajdah: 16-17]
Allah menempelak orang-orang kafir dengan firmanNya:
أمن هو قانت آناء الليل ساجدا وقائما يحذر الآخرة ويرجو رحمة ربه قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون إنما يتذكر أولوا الألباب
"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat diwaktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".
[al-Zumar : 9]

Dalil Hadis

Rasulullah telah meninggalkan pesanannya kepada pejuang Islam khasnya dan umat Islam amnya agar melaksanakan amalan ini. Beliau telah meninggalkan banyak yang menerangkan keutamaan sembahyang malam dan betapa faedahnya amat besar dalam membentuk peribadi seseorang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:
« إذا نام أحدكم عقد الشيطان على رأسه ثلاث عقد يضرب على كل عقدة ليلا طويلا أي ارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة أخرى فإن صلى انحلت العقد كلها فيصبح طيب النفس نشيطا وإلا أصبح خبيث النفس كسلان «
"Jika seseorang itu tidur maka syaitan menyimpulkan dibelakang kepalanya dengan tiga simpulan. Tiap simpulan itu ia kuatkan dengan bisikan ‘tidurlah malam mu masih panjang lagi’. Jika ia terjaga dan mengingat Allah maka terbukalah satu simpulan. Apabila ia berwudhu’ terbukalah satu simpulan lagi. Apabila ia sembahyang maka terhurailah simpulan itu semuanya. Maka iapun cergas diwaktu pagi dan baik hati. Sekiranya ia tidak melakukan sembahyang tersebut nescaya ia akan menjadi orang yang busuk hati dan pemalas".
[Riwayat Nasaii]

Abu Hurairah meriwayatkan lagi sabda Rasulullah SAW:
« أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل »
"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah sembahyang malam".
[Riwayat Muslim, Abu Daud, Attهrmizi, Arrasai dan Ibnu Khuzaimah]

Abdullah bin Salam r.w menceritakan: Sewaktu Rasulullah mula-mula sampai di Madinah maka ramai bergegas keluar menyambut ketibaan beliau. Antara orang banyak itu, aku pun ikut memerhati. Apabila aku amat-amati wajah beliau dengan teliti maka yakinlah aku bahawa wajahnya bukan wajah pendusta. Perkataannya yang mula-mula ku dengar ialah:
« أيها الناس أفشوا السلام وأطعموا الطعام وصلوا والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام »
"Wahai saudara-saudara sebarkanlah salam (kesejahteraan), berilah makan (para fakir, berhajat dan orang-orang amnya). Hubungkan silaturrahim (persaudaraan), dan sembahyanglah malam sewaktu orang tidur lena, kelak kamu masuk syurga dengan sejahtera".
[Riwayat al-Tirmizi]

Dari Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
« إن في الجنة لغرفا يرى ظهورها من بطونها وبطونها من ظهورها» فقام إليه أعرابي فقال: لمن هي يا رسول الله؟، قال « هي لمن أطاب الكلام وأطعم الطعام وأدام الصيام وصلى لله بالليل والناس نيام »
"Di dalam syurga ada suatu tempat penginapan yang keindahannya luarnya boleh dilihat dari dalam dan keindahan dalamnya boleh dilihat dari luarnya. Seorang Badwi lantas bertanya: Untuk siapakah bilik itu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW bagi orang yang baik tutur kata (nya), yang memberi makan (pemurah), yang selalu berpuasa dan bersembahyang malam ketika orang lain tidur"
[Riwayat Tirmizi]

Abu Hurairah pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW:
يا رسول الله إني إذا رأيتك طابت نفسي وقرت عيني فأنبئني عن كل شيء، فقال « كل شيء خلق من ماء » قال قلت: يا رسول الله أنبئني عن أمر إذا أخذت به دخلت الجنة، قال « أفش السلام وأطعم الطعام وصل الأرحام وقم بالليل والناس نيام ثم ادخل الجنة بسلام »
"Wahai Rasuilullah s.a.w. bila saya melihat engkau, hati saya tenteram dan riang. Cubalah ceritakan segala-galanya kepada saya?… Rasulullah SAW pun berkata: "Segala sesuatu dijadikan dari air." Aku bertanya lagi. Ceritakanlah kepada saya, perbuatan yang jika saya lakukan saya akan masuk syurga. Jawab Rasulullah SAW.
"Berilah makan, sebarkanlah salam, sambungkan silaturrahim dan sembahyanglah malam dikala orang lain tidur, kelak engkau akan masuk syurga dengan sejahtera".
[Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunya, Ibnu Hibban dan Hakim]

Dari Asma Binti Yazid menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Dihari kiamat kelak, manusia dihimpunkan pada suatu tempat. Kemudian (Malaikat) menyeru dan bertanya. Manakah orang-orang yang tidak betah lambungannya ditempat tidur (kerana mengingati Allah)? Maka tampillah segolongan kecil sahaja dari mereka, lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa perhitungan. Kemudian manusia-manusia lain dikerah untuk diperhitungkan (amalan masing-masing).
[Riwayat al-Baihaqi]

Dari Abdullah Bin Amr Ibnul ‘Aash bahawaa Rasulullah SAW telah bersabda:
« أحب الصلاة إلى الله صلاة داود عليه السلام وأحب الصيام إلى الله صيام داود وكان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه ويصوم يوما ويفطر يوما »
"Sembahyang yang amat disukai oleh Allah ialah sembahyang Nabi Daud. Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Ia tidur separuh malam. Ia bersembahyang sepertiganya, dan tidur pula seperenamnya. Beliau puasa sehari dan buka pada hari berikutnya (puasa berselang hari)".
[Riwayat Bukhari]

Jabir mengatakan bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
« إن في الليل لساعة لا يوافقها رجل مسلم يسأل الله خيرا من أمر الدنيا والآخرة إلا أعطاه إياه وذلك كل ليلة »
"Pada malam hari ada suatu saat jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah akan memakbulkan doanya. Hal ini ada pada tiap malam. "
[Riwayat Muslim]
SEMBAHYANG MALAM AMALAN ORANG SOLEH

Dari Umamah Al Bahili dari Rasulullah SAW:
« عليكم بقيام الليل فإنه دأب الصالحين قبلكم وهو قربة إلى ربكم ومكفرة للسيئات ومنهاة للإثم قال أبمو عيسى وهذا أصح من حديث أبي إدريس عن بلال »
"Hendaklah kamu melazimkan (Qiamulaill) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang saleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa."
[Riwayat Al-Tirmizi]
Dalam riwayat Salman Al Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu:
"Ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh".
[Al-Tabarani]
SEMBAHYANG MALAM SUMBER RAHMAT

Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
« رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء، رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء »
"Allah merahmati orang yang bangun pada malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya "
[Riwayat Abu Daud]

MENDAPAT MARTABAT ZAKIRIN ZAKIRAT

Abu Hurairah dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
« إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا أو صلى ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرات »
"Jika seorang suami mengejutkan isteri (Keluarganya) diwaktu malam dan bersembahyang (walau dua rakaat mereka ditulis dalam golongan ‘Zakirin dan Zakirat’)."
[Riwayat Abu Daud]
Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan bahawa:
"Keutamaan sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang."
[Riwayat Tabarani]
Berkata Samrah Bin Jundub: Rasulullah SAW menyuruh kita sembahyang malam, baik sedikit atau banyak dan supaya ditamatkan sembahyang tersebut dengan "witir".
[Riwayat Tabarani dan Bazzar]

AMALKAN WALAUPUN SEDIKIT

Iyaas Bin Mu’awiyah Al Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullaah SAW bersabda:
"Tidak boleh tidak harus dikerjakan sembahyang malam meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam".
[Riwayat Tabarani]
Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW menyuruh dan menggalakkan umatnya sembahyang malam, hinggakan beliau pernah bersabda:
"Hendaklah kamu (melazimkan sembahyang malam walaupun (sekadar) satu rakaat."
[Riwayat Tabarani]

BEROLEH KEMULIAAN

Sahi Bin Saad r.w. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah SAW sambil; mengingatkan beliau:
"wahai Muhammad, hiduplah menurut sekehendak hatimumu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak hati mu. Sesungguhnya (segala) perbuatan mu akan dibalas. Cintailah siapa sahaja yang anda mahu, namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu ialah dengan bersembahyang. Manakala kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-minta pada orang lain."
[Riwayat Tabarani]

Dari Ibnu Abbas:
"Semulia-mulia umatku ialah Hamalatul al-Quran dan orang-orang yang melazimkan diri dengan sembahyang malam".
Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah dengan tahajjud, zikir dan istighfar. Manakala Hamalatul Quran pula ialah orang-orang yang hafal Quran, menurut suruhannya, mengelak atau meninggalkan larangannya. Tidak membaca al-Quran ditempat-tempat yang menjatuhkan martabatnya disamping mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Amru Bin ‘Abasah pernah mendengar sabda Rasulullah SAW bahawa:
« أقرب ما يكون الرب من العبد في جوف الليل الآخر فإن استطعت أن تكون ممن يذكر الله في تلك الساعة فكن »
"Masa yang seseorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah diwaktu larut malam. Maka seandainya engkau mampu ikut serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka jadilah (seperti mereka)".
[Riwayat Tirmizi]

TANDA MENJADI KEKASIH ALLAH

Abu Dardar’ meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
"Tiga orang, Allah kasihkan kepada mereka, Allah gemar/gembira dan beristibsyar dengan mereka. Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi Allah SWT. Tekadnya ialah samada ia terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan oleh-Nya. Sehingga Allah berkata: "Lihatlah kalian kepada hamba Ku ini, demikian sabarnya dia demi Aku."
Orang yang punya isteri yang rupawan, tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang malam. Allah sampai berkata Demikian sekali ia sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingati Aku, padahal jika ia mahu ia boleh terus tidur.
Dan orang yang dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga (kerana perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun bersembahyang di larut malam dengan payah atau mudah.
[Riwayat Tabarani]

KE ARAH MENGAMALKANNYA

Tidur Dalam Thaharah (Suci)
Jika saudara ingin mengerjakan sembahyang malam maka sayugianya saudara tidur dalam keadaan suci bersih. Kebersihan saudara mengundang para Malaikat ikut bersama saudara. Ingatlah Ibnu Umar pernah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih, maka Malaikat ikut tidur diselimuinya. Tiap ia terjaga Malaikat tersebut mendoakan Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu si polan. Sesungguhnya ia tidur dalam thaharah."
[Riwayat Ibnu Hibban]

Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
« ما من مسلم يبيت على ذكر الله طاهرا فيتعار من الليل فيسأل الله خيرا من خير الدنيا والآخرة إلا أعطاه إياه »
"Allah pasti memakbulkan orang yang tidur dalam kebersihan kemudian terjaga dan memohon kepada Allah kurnia kebaikan di dunia dan di akhirat."
[Riwayat Ahmad]

Mengikut Ibnu Abbas Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Bersihkanlah tubuh badan ini nescaya Allah akan mensucikan kamu. Sesungguhnya jika
seseorang hamba (Allah) tidur dalam keadaan bersih nescaya tidurnya diselimuti Malaikat. Tiap kali ia berguling (ke kiri atau ke kanan) Malaikat tersebut berdoa: Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini kerana ia tidur dalam keadaan bersih."
[Riwayat Thabrani]

Abi Umamah mengatakan beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
« من أوى إلى فراشه طاهرا يذكر الله حتى يدركه النعاس لم ينقلب ساعة من الليل يسأل الله شيئا من خير الدنيا والآخرة إلا أعطاه إياه »
"Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dalam keadaan bersih dan mengingati Allah sehingga ia mengantuk (dan tertidur) maka apa saja yang ia minta dari kebaikan dunia dan akhirat bila ia terjaga maka (pasti) dikabulkan oleh Allah."
[Riwayat Al-Tirmizi]

Waktu Qiamullail

Para fuqaha menjelaskan waktunya ialah di awal malam atau di pertengahan malam dan di penghujungnya asalkan selepas solat Isya’, iaitu sesudah bangun tidur walaupun sebentar.
Waktu yang afdal ialah sepertiga yang terakhir malam.
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi SAW:
« ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطيه من يستغفرني فأغفر له »
"Tuhan kita Azzawajalla tiap malam turun ke langit dunia apabila telah tinggal sepertiga terakhir daripada malam. Kemudian Allah berkata: "Siapakah yang berbuat dosa kepada Ku untuk Ku perkenankan, siapakah pula yang meminta kepada-Ku supaya Aku berikan permohonannya dan (adakah pula ) siapa yang memohon ampun kepada-Ku agar Aku ampunkan dosanya."

[Riwayat Jama’ah: Teks daripada Bukhari]

Tuntutan dan Adab Qiamullail

Niat - Jika seseorang hendak bangun sembahyang malam maka ia hendaklah berniat untuk brbuat demikian sebelum tidur. Jika ia terjaga dan bangun itu adalah rahmat Allah. Jika ia tidak terjaga maka Allah akan tuliskan pahala seolah-olah ia mengerjakannya. Abu Darda’ meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
« من أتى فراشه وهو ينوي أن يقوم يصلي من الليل فغلبته عيناه حتى أصبح كتب له ما نوى وكان نومه صدقة عليه من ربه عز وجل »
"Barangsiapa yang merebahkan diri ditilamnya dengan niat bangun malam untuk mengerjaklan sembahyang kemudian ia tertidur sampai pagi maka dituliskan untuknya pahala apa yang ia niatkan. Manakala tertidur itu ialah sedekah Tuhan kepadanya.
[Riwayat Nasa’i dan Ibnu Majah]

Bacaan apabila terbangun tidur:

Setelah ia bangun dari tidur sunat ia berdoa dengan doa ma’thur berikut :
لاإله الا انت سبحانك أستغفرك لذنبى وأسالك رحمتك اللهم زدنى علما ولا تزغ قلبى بعد اذ هديتنى وهب لى من لدنك رحمةً انك أنت الوهاب Tidak ada Tuhanyang benar-benar disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau (wahai Allah). Ampunkanlah dosaku dan limpahkan kepada ku rahmat Mu. Ya Allah, tambahilah ilmuku jangan Engkau takdirkan hatiku sesat setelah Engkau kurniakan dengan hidayah Mu. Kurniakanlah bagiku rahmat dari sisi Mu. Sesunguhnya Engkau amat Pemurah dengan kurnia.
الحمد لله الذى أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami (seperti) mati dan kepadanyalah (semua) akan kembali (untuk perhitungan).

Kemudian bacalah 10 ayat terakhir dari Surah A-li ‘Imran :
إن في خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب. الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السماوات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار. ربنا إنك من تدخل النار فقد أخزيته وما للظالمين من أنصار. ربنا إننا سمعنا مناديا ينادي للإيمان أن آمنوا بربكم فآمنا ربنا فاغفر لنا ذنوبنا وكفر عنا سيئاتنا وتوفنا مع الأبرار. ربنا وآتنا ما وعدتنا على رسلك ولا تخزنا يوم القيامة إنك لا تخلف الميعاد. فاستجاب لهم ربهم أني لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر أو أنثى بعضكم من بعض فالذين هاجروا وأخرجوا من ديارهم وأوذوا في سبيلي وقاتلوا وقتلوا لأكفرن عنهم سيئاتهم ولأدخلنهم جنات تجري من تحتها الأنهار ثوابا من عند الله والله عنده حسن الثواب. لا يغرنك تقلب الذين كفروا في البلاد. متاع قليل ثم مأواهم جهنم وبئس المهاد. لكن الذين اتقوا ربهم لهم جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها نزلا من عند الله وما عند الله خير للأبرار. وإن من أهل الكتاب لمن يؤمن بالله وما أنزل إليكم وما أنزل إليهم خاشعين لله لا يشترون بآيات الله ثمنا قليلا أولئك لهم أجرهم عند ربهم إن الله سريع الحساب. ياأيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون.
Maknanya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;190 (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.191 Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;192 Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;193 Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".194 Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".195 Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).196 (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.197 Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).198 Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.199 Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).200
[Ali Imran: 190 – 200]

Kemudian bacalah:
اللهم لك الحمد أنت قيوم السماوات والأرض ومن فيهن, ولك الحمد أنت ملك السماوات والأرض ومن فيهن, ولك الحمد أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن ولك الحمد أنت الحق ووعدك الحق, ولقاؤك حق, وقولك حق,والجنة حق,والنار حق,والنبيون حق,ومحمد صلى الله عليه وسلم حق,والساعة حق,اللهم لك أسلمت وبك آمنت وعليك توكلت وإليك أنبت وبك خاصمت وإليك حاكمت, فاغفرلي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت,وما أنت أعلم به مني,أنت المقدم وأنت المؤخر,لا إله إلا أنت ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaan Mu itu adalah hak, dan Firman Mu itu adalah hak, dan Syurga adalah hak dan Neraka adalah hak dan Nabi Muhammad SAW adalah benar dan saat hari Qiamat adalah benar. Ya Allah, kepada Mu lah kami berserah diri, dan kepada Mu lah kami bertawakal ,kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada Mu lah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengaMu ya Allah. "

c) Dua Rakaat Pembukaan
Disunatkan memulakan Qiamullail itu dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyanglah sebagaimana khusyu’ dan panjang yang boleh.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika sembahyang beliau memulakan sembahyang dengan dua rakaat yang ringan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
« إذا قام أحدكم من الليل فليفتتح صلاته بركعتين خفيفتين »
"Jika sesiapa diantara kamu bangun untuk sembahyang malam maka sulungkanlah dengan dua rakaat yang ringan"
[Riwayat Muslim]

d) Kadar Kelebihan Sembahyang Juga Mengikut Kadar Bacaan
Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
« من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين ومن قام بمائة آية كتب من القانتين ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين قال أبمو داومد ابن حجيرة الأصغر عبد الله ابن عبد الرحمن ابن حجيرة »
"Barangsiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai. Barangsiapa yang membaca seratus ayat ditulis sebagai orang yang Mukhbitin. Dan barangsiapa yang berdiri membaca seribu ayat, maka ia ditulis sebagai orang yang Muqanthirin (yakni orang yang mendapat pahala ber Qinthar-Qinthar" (1)
[Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah]

e) Kaifiat Sembahyang
Kaifiatnya seperti sembahyang biasa juga, Cuma niatnya:
أصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Selepas membaca fatihah bacalah kadar yang termampu dari ayat al-Quran.
Perbanyakkan doa dan pinta dikala saudara sujud.

f) Bilangan Rakaatnya
Sekurang-kurang qiamulaill satu rakaat, adapun lebihnya tidaklah ada berhad. Siapa mahu boleh sembahyang dua rakaat, dan siapa mahu boleh lebih dari itu.

g) Kadar Yang Afdhal
Ialah sebelas atau tiga belas dengan witir. Ummul Mu’minin Aisyah meriwayatkan:
« ما كان رسول الله صلى اللهم عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة يصلي أربعا فلا تسل عن حسنهن وطولهن ثم يصلي أربعا فلا تسل عن حسنهن وطولهن ثم يصلي ثلاثا »
"Bahawa Rasulullah SAW baik dalam (bulan) Ramadhan mahupun bukan dalam bulan Ramadhan tidak pernah sembahyang lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersembahyang empat rakaat dan usah ditanya tentang khusyuk dan lamanya. Kemudian beliau sembahyang empat rakaat lagi (seperti itu juga lama dan khusyuknya). Kemudian beliau sembahyang tiga rakaat."
[Riwayat Bukhari]

h) Sunat Diakhiri Dengan Sembahyang Witir
Saidina Ali mengatakan sembahyang itu tidak wajib seperti sembahyang fardhu tetapi ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Beliau bersabda:
« يا أهل القرآن أوتروا فإن الله وتر يحب الوتر »
"Allah itu witir (ganjil) dan sukakan witir maka (sembahyang) witirlah kalian wahai pengikut Al-Quran."
[Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]

Kharijah mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW menemui kami dan berkata:
« إن الله عز وجل قد أمدكم بصلاة وهي خير لكم من حمر النعم وهي الوتر فجعلها لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر »
"Allah telah mengurniakan dengan sembahyang yang lebih baik dari kemerahan daging masak (kilauan nikmat) iaitu sembahyang witir. Allah menentukan masa sesudah sembahyang Isya’ sampai terbit fajar."
[Riwayat abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi]

Ibnu Umar r.a. mendengar Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa sembahyang Dhuha, puasa tiga hari dalam sebulan dan tidak meninggalkan sembahyang witir baik dalam perjalanan mahupun ketika tidak dalam perjalanan maka dituliskan baginya pahala orang yang syahid."
[Riwayat Thabarani]

Buraidah r.a. mendengar sabda Rasulullah SAW:
« الوتر حق فمن لم يوتر فليس منا قالها ثلاثا »
"Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!"
[Riwayat Ahmad dan Abu Daud]

Satu perkara yaang harus diingat ialah barangsiapa yang telah mengerjakan witir penamat, kemudian ia mahu lagi selepas itu bersembahyang maka ia bolehlah sembahyang tetapi tidak mengulangi witir. Kerana Rasulullah SAW bersabda:
« لا وتران في ليلة »
"Tidak ada dua witir pada satu malam".
[Riwayat Tirmizi]

i) Jangan Terlalu Mempersukar Diri
Jika saudara bersembahyang malam janganlah sampai memayahkan diri dengan berlebihan. Sembahyang sekadar yaang saudara mampu kerana Allah tidak jemu sehingga kita sendiri menjadi jemu.
Jika sudah sampai tidak keruan lagi bacaan saudara maka tidurlah dahulu. Rasulullah SAW mengingatkan demikian itu mengikut sebuah hadis riwayat Muslim:
عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى اللهم عليه وسلم دخل المسجد فرأى حبلا ممدودا بين ساريتين فقال « ما هذا الحبل » فقالوا لزينب تصلي فإذا فترت تعلقت به فقال النبي صلى اللهم عليه وسلم « حلوه ليصل أحدكم نشاطه فإذا فتر فليقعد »
"Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. "Apa ini? Tanya Rasulullah SAW. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bila tidak bertenaga lagi". Tanggalkan! Perintah Rasulullah SAW. " Sesiapa yang sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih hendaklah ia baring".
[Riwayat Nasaii]

j) Berterusan
Jika saudara telah mula mengerjakan sembahyang malam maka hendaklah saudara konstan. Terus melaksanakannya walaupun sedikit.
Aisyah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ditanya: amal yang manakah lebih disukai oleh Allah? Jawab beliau,
« أن أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قل »
"Amal yang beterusan walaupun sedikit".
[Riwayat Muslim]

k) Mengajak Isteri Atau Keluarga Mengerjakannya
Sepertimana yang pernah diterangkan dalam hadis terdahulu bahawa sunat mengejutkan isteri atau suami untuk mengerjakannya.
Ummu Salamah meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW terjaga. Beliau lantas berkata:
« سبحان الله ماذا أنزل الليلة من الفتنة ماذا أنزل من الخزائن من يوقظ صواحب الحجرات يا رُبَّ كاسية في الدنيا عارية في الآخرة »
"Subhanallah, apalah fitnah yang turun pada malam ini, apalah kurnia yang datang, siapalah yang akan membangunkan orang rumahnya. Ya Tuhan, kiranya ada orang berpakaian didunia ini tetapi bogel pada hari kiamat (kelak)".
[Riwayat Bukhari]

Saidina Ali meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah menjagakan beliau dengan fatimah. Rasulullah SAW bertanya:
« ألا تصليان » فقلت يا رسول الله أنفسنا بيد الله فإذا شاء أن يبعثنا بعثنا فانصرف حين قلنا ذلك ولم يرجع إلي شيئا ثم سمعته وهو مول يضرب فخذه وهو يقول « ( وكان الإنسان أكثر شيء جدلا) »
" Kamu tidak mahu sembahyangkah?" Aku pun menjawab (kata Saidina Ali). Nyawa kami ditangan Allah, kalau ia mahu ia bangunkan kami. Rasulullah pun pergi mendengar jawapanku yang demikian itu. Kemudian aku mendengar beliau menepuk pehanya seraya berkata : Manusia memang banyak dalihnya.
[Riwayat Bukhari]

k) Qiamulaill Dengan Banyak Membaca Al-Quran
Disamping sembahyang, qiamulaill boleh pula saudara penuhkan dengan membaca Al-Quran, mengamati aajarannya dengan khusyuk dan tawadhu’. Al-Quran itulaah sumber hidayah, sumber nur menerangi kegelapan dan kesimpang siuran hidup ini.
Keutamaan membaca al-Quraan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada satu malam ia tidak digolongkan sebagai orang-orang yang lalai. Yang membaca seratus ayat dituliskan baginya pahala seolah-olah ia berqunut sepanjang malam. Yang membaca dua ratus ayat maka ia digolongkan sebagai pejuang. Yang membaca empat ratus ayat digolongkan ia dari golongan ‘Abid. Yang membaca lima ratus ayat digolongkan sebagai Hafiz. Yang membaca enam ratus ayat masuk dalam golongan Khasyi’in (orang yang khusyuk). Yang membaca lapan ratus ayat dimasukkan dalam golongan "Mukhabitin". Yang membaca seribu ayat maka baginya pahala satu Qinthar. Sa Qinthar seribu dua ratus Auqiaah. Tiap satu aiqiah itu lebih baik dari isi bumi dan langit. Dan barangsiapa yang membaca dua ribu ayat maka wajiblah ia masuk syurga."
[Riwaayat Thabrani]

WaAllahu A'alam...

Monday, July 28, 2008

Syeikh Abdul Wahab Rokan


Syeikh Abdul Wahab Rokan, Ulama Tarekat Yang BerwibawaBabussalam, Langkat, Sumatera Timur adalah merupakan pusat penyebaran Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al- Minankabawi.

Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor dan Singapura.Namanya ketika kecil ``Abul Qasim'', digelar juga dengan ``Faqih Muhammad''.


Nama lengkap Syeikh Abdul Wahhab bin `Abdul Manaf bin Muhammad Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai. Lahir 10 Rabiulakhir 1242 H/11 November 1826 M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada hari Jumaat, 21 Jamadilawal 1345 H/26 Disember 1926 M.


Moyangnya Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya.PendidikanSelain pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahhab belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Halim di Tembusai.

Dalam 1846 M - 1848 M Abdul Wahhab merantau ke Semenanjung, pernah tinggal di Johor dan Melaka. Dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu digunakannya kesempatan mengajar dan belajar.


Di antara gurunya ketika berada di Malaya (Malaysia Barat) ialah Tuan Guru Syeikh Muhammad Yusuf seorang ulama yang berasal dari Minangkabau. Masih dalam tahun 1848 itu juga Abdul Wahhab meneruskan pengembaraannya menuju ke Mekah dan belajar di sana hingga tahun 1854 M.


Di antara gurunya sewaktu di Mekah ialah Syeikh Muhammad Yunus bin Syeikh Abdur Rahman Batu Bara, Asahan, dan lain-lain. Pelajaran tasawuf khusus mengenai Thariqat Naqsyabandiyah Abdul Wahhab dididik oleh seorang ulama besar yang cukup terkenal, beliau ialah Syeikh Sulaiman Zuhdi di Jabal Abi Qubis, Mekah.Pulang dan Aktiviti Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan pulang ke tanah air dalam tahun 1854 M dan dalam tahun itu juga mengajar di Tanjung


Mesjid, daerah Kubu Bagan Siapi-api, Riau.

Dalam tahun 1856 M beliau juga mengajar di Sungai Mesjid, daerah Dumai, Riau. Selanjutnya mengajar di Kualuh, wilayah Labuhan Batu tahun 1860 M. Mengajar di Tanjung Pura, Langkat tahun 1865 M. Mengajar di Gebang tahun 1882 M, dan dalam tahun itu juga berpindah ke Babussalam, Padang Tualang, Langkat.


Di Babussalamlah dijadikan sebagai pusat seluruh aktiviti, sebagai pusat tarbiyah zhahiriyah, tarbiyah ruhaniyah dan dakwah membina umat semata-mata mengabdi kepada Allah s.w.t.Sungguh pun demikian Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan tidak mengabaikan perjuangan duniawi kerana beliau bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin, Sultan Kerajaan Rokan dan Haji Abdul Muthallib, Mufti Kerajaan Rokan pernah mengasaskan ``Persatuan Rokan''. ``Persatuan Rokan'' bertujuan secara umumnya adalah untuk kemaslahatan dan kebajikan Rokan. Walau bagaimana pun tujuan utamanya adalah perjuangan kemerdekaan untuk melepaskan Kerajaan Rokan dari penjajahan Belanda.


Pembahagian kerja ``Persatuan Rokan'' ialah Sultan Zainal Abidin sebagai pelaksana segala urusan luar negeri. Haji Abdul Muthallib menjalankan pekerjaan-pekerjaan dalam negeri dan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab sebagai menerapkan pendidikan memberi semangat pada masyarakat.Perkampungan BabussalamDalam tarikh 12 Syawal 1300 H/12 Ogos 1883 M Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan bersama 160 orang pengikutnya dengan menggunakan 13 buah perahu memudiki Sungai Serangan menuju perkampungan peribadatan dengan undang-undang atau peraturannya tersendiri yang dinamakan Babussalam.


Pendidikan mengenai keislaman diterapkan setiap hari dan malam, sembahyang berjemaah tidak sekali-kali diabaikan. Tilawah al-Quran, selawat, zikir, terutama zikir menurut kaedah Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dan lain-lain sejenisnya semuanya dikerjakan dengan teratur di bawah bimbingan ``Syeikh Mursyid'' dan ``khalifah-khalifah''nya. ``Syeikh Mursyid'' adalah Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sendiri. ``Khalifah'' ada beberapa orang, pada satu ketika di antara ``khalifah'' terdapat salah seorang yang berasal dari Kelantan. Beliau ialah khalifah Haji Abdul Hamid, yang masih ada kaitan kekeluargaan dengan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani.Pada tahun 1342 H/1923 M Asisten Residen Belanda bersama Sultan Langkat menyematkan ``Bintang Emas'' untuk Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Wakil pemerintah Belanda menyampaikan pidatonya pada upacara penyematan bintang itu, ``Adalah Tuan Syeikh seorang yang banyak jasa mengajar agama Islam dan mempunyai murid yang banyak di Sumatera dan Semenanjung dan lainnya, dari itu kerajaan Belanda menghadiahkan sebuah ``Bintang Emas'' kepada Tuan Syeikh.


Seorang sufi sebagai Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan penyematan bintang seperti itu bukanlah merupakan kebanggaan baginya, mungkin sebaliknya bahawa bisa saja ada maksud-maksud tertentu daripada pihak penjajah Belanda untuk memperalatkan beliau untuk kepentingan kaum penjajah yang sangat licik itu.


Oleh itu, dengan tegas Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan berkata ketika itu juga, ``Jika saya dipandang seorang yang banyak jasa, maka sampaikanlah pesan (amanah) saya kepada Raja Belanda supaya ia masuk Islam.''KaryaTidak banyak diketahui hasil penulisan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Setakat ini yang dapat dikesan ialah:

1. Munajat, merupakan kumpulan puji-pujian dan pelbagai doa.

2. Syair Burung Garuda, merupakan pendidikan dan bimbingan remaja .

3. Wasiat, merupakan pelajaran adab murid terhadap guru, akhlak, dan 41 jenis wasiat.


Petikan 41 wasiat yang dimaksudkan beliau antaranya:

Wasiat yang pertama, ``Hendaklah kamu sekalian masyghul dengan menuntut ilmu Quran dan kitab kepada guru-guru yang mursyid. Dan hinakan diri kamu kepada guru kamu dan perbuat apa-apa yang disuruhnya. Jangan bertangguh. Dan banyak-banyak bersedekah kepadanya.

Dan seolah-olah diri kamu itu hambanya. Dan jika sudah dapat ilmu itu maka hendaklah kamu ajarkan kepada anak cucu, kemudian kepada orang lain. Dan kasih sayang kamu akan muridmu seperti kasih sayang akan cucu kamu. Dan jangan kamu minta upah dan makan gaji sebab mengajar itu, tetapi minta upah dan gaji itu kepada Tuhan Esa lagi Kaya Murah, iaitu Allah Ta'ala.''


Wasiat yang kedua, ``Apabila kamu sudah baligh hendaklah menerima Thariqat Syaziliyah atau Thariqat Naqsyabandiyah supaya sejalan kamu dengan aku. ``

Wasiat yang kedua ini jelas bahawa Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat menekankan amalan tarekat. Mengenai ini juga ada hujah-hujah yang kuat di kalangan penganut-penganut sufi, walau pun ada golongan yang tidak sependapat dengan yang demikian itu. Pada pandangan saya mempertikaikannya adalah merupakan pekerjaan yang sia-sia, kerana bermujadalah adalah termasuk salah satu sifat mazmumah (dicela) oleh syarak Islam.


Wasiat yang ketiga, ``Jangan kamu berniaga - maksudnya jika terdapat penipuan atau pun riba. Jika hendak mencari nafkah hendaklah dengan tulang empat kerat seperti berhuma dan berladang dan menjadi amil (orang yang bekerja, pen:). Dan di dalam mencari nafkah itu hendaklah bersedekah tiap-tiap hari supaya segera dapat nafkah.

Dan jika dapat ringgit sepuluh, maka hendaklah sedekahkan satu dan taruh sembilan. Dan jika dapat dua puluh, sedekahkan dua. Dan jika dapat seratus, sedekahkan sepuluh dan taruh sembilan puluh. Dan apabila cukup nafkah kira-kira setahun maka hendaklah berhenti mencari itu dan duduk beramal ibadat hingga tinggal nafkah kira-kira empat puluh hari maka boleh mencari.''


Wasiat yang keempat, ``Maka hendaklah kamu berbanyak-banyak sedekah sebilang hari istimewa pada malam Jumaat dan harinya. Dan sekurang-kurang sedekah itu empat puluh duit pada tiap-tiap hari.

Dan lagi hendaklah bersedekah ke Mekah pada tiap-tiap tahun.''


Wasiat yang kelima, ``Jangan kamu bersahabat dengan orang yang jahil dan orang fasik. Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil. Tetapi bersahabatlah kamu dengan orangalim-alim dan ulama-ulama dan salih-salih.''

Wasiat yang keenam, ``Jangan kamu hendak kemegahan dunia dan kebesarannya seperti hendak menjadi kadi, imam dan lain-lainnya istimewa pula hendak jadi penghulu-penghulu dan lagi jangan hendak menuntut harta benda banyak-banyak. Dan jangan dibanyakkan memakai pakaian yang halus.

''Wasiat yang ketujuh, ``Jangan kamu menuntut ilmu sihir seperti kuat, dan kebal dan pemanis serta lainnya kerana sekalian ilmu telah ada di dalam al-Quran dan kitab.

''Wasiat yang kelapan, "Hendaklah kamu kuat menghinakan diri kepada orang Islam, dan jangan dengki khianat kepada mereka itu. Dan jangan diambil harta mereka itu melainkan dengan izin syarak.''

Demikianlah 8 wasiat yang dipetik dari 41 wasiat Syeikh Abdul Wahhab Rokan, semuanya masih perlu perbahasan atau pentafsiran yang panjang. Kerana jika tidak ditafsirkan kemungkinan orang-orang yang berada di luar lingkungan sufi akan beranggapan bahawa wasiat beliau itu sebagai penghalang terhadap kemajuan dunia moden.

Sebelum anda sempat mengikuti pentafsirannya, saya berpendapat bahawa jalan menuju takwa kepada Allah sekali-kali adalah tidak menghalang kemajuan dunia moden jika kemajuan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.MuridMurid Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat ramai:

Di antara muridnya yang dianggap mursyid dan khalifah dan yang sangat giat menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Batu Pahat, Johor ialah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi. Muridnya yang lain ialah Syeikh Muhammad Nur Sumatera. Murid Syeikh Muhammad Nur Sumatera ialah Haji Yahya Laksamana al-Khalidi an-Naqsyabandi, Rambah, Sumatera. Beliau ini adalah penyusun buku berjudul Risalah Thariqat Naqsyabandiyah Jalan Ma'rifah, cetakan pertama tahun 1976 di Malaysia, diterbitkan oleh pengarangnya sendiri.


(Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Syeikh Abdul Wahhab Rokan, Mursyid Tarekat Yang Berwibawa karya Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Friday, July 25, 2008

ADA-ADA SAJE-SEMPENA BULAN BAHASA MELAYU

Assalamualaikum wr wb

"Kalau naik mrt/lrt di pagi hari - menyakitkan hati"

"Nak naik bas - badan naik lemas"

"Kenapa tak naik motosikal? - Jauh Sekali, hati belum cekal"

"Ingin naik teksi - Eh, eh, tambang naik lagi"

Begitulah asam garam hidup di dunia. Namun," alah Bisa tegal dek Biasa "

Wednesday, July 23, 2008

RENUNGAN SEPINTAS LALU...

Dalam meneruskan perjalanan hidup untuk mencapai cita-citamu, ingatlah pesanan-pesanan ini :

1 Engkau harus mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai apa yang engkau cita-citakan. Pastikan engkau berusaha gigih untuk mencapainya serta tidak terpesong jauh dari matlamat yang dituju.

2 Pastikan engkau memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan pengetahuan serta mengayakan pengalamanmu walaupun engkau perlu belajar daripada pengalaman hidup orang lain di sekelilingmu. Peluang hanya datang sekali seumur hidupmu. Masa yang tersia dan tidak dimanfaatkan” tidak akan kembali lagi sampai bila-bila pun.”

3 Selalu bersyukur kpd nikmat yang Allah berikan serta tidak bersifat ego untuk belajar dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Dengan lain perkataan, selalulah “bermuhasabah diri” dalam hidup ini. Engkau tidak akan rugi sedikit pun. Jiwamu akan selalu tenang dan dapat menerima apa jua dugaan yang datang. Ingatlah perjalanan hidup ini tidak selalunya mudah dan lurus laluannya Kadangkala penuh berliku dan tanpa kau sedari yang pahit itulah kenyataannya!

4 Ingatlah pesanan dari Rasullullah s.a.w. bahawa “sebaik-baik manusia dalam hidup ini adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain” Sematkan di hati pesanan ini supaya engkau selalu ingin berbakti walau di mana engkau berada. Walau apa pun yang engkau lakukan, yang penting sekali adalah lakukan dengan penuh keikhlasan. Pasti dapat engkau rasakan kemanisan iman yang dijanjikan oleh Allah swt. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan dan dibayangkan melainkan engkau telah merasakannya sendiri!

5 Pesanan drp Hilal bin Alak (drp Buku Bidayatul Hidayah- Imam Ghazali):

Ketika aku memaafkan org lain dan aku tidak menaruh sebarang kedengkian terhadap mereka, aku tlh selamat drp sebarang kesusahan dan permusuhan.
Aku memberi penghormatan kpd musuh ketika aku berjumpa dgnnya. Dengan cara ini, aku dapat selamat dari kejahatan mereka.
Ketika aku menunjukkan kegembiraanku terhadap orang yang ingin aku marahi, maka aku berjaya memenuhi hatiku dgn kebahgiaan.
Sebenarnya aku masih belum selamat dari kejahatan org yang tidak aku kenali maka betapa aku akan selamat dari kejahatan orang yg sudah aku cintai.
Manusia itu sebenarnya penyakit dan cara menyembuhkannya hanya dengan tidak mencampuri urusan mereka. Tetapi jangan memutuskan perhubungan persaudaraan sama sekali. Janganlah engkau mengganggu mereka nescaya engkau selamat dari gangguan mereka.
Apabila engkau mahu bersahabat dgn mereka, hendaklah engkau bersabar menghadapi perangai mereka. Jadikan dirimu seakan-akan tuli, bisu, buta drp kesalahan mereka dan hendaklah engkau sentiasa bertakwa.


والله أعلم
Hasil Nukilan Dari PJ..Terima Kasih atas nukilan mu...

Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.

Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.

"Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.



Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.Menjawab 50 soalan bertanya satu soalanKetua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.



Pertanyaan Ketua Paderi dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami.



1. Yang satu tidak ada duanya?
>Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.



2. Yang dua tiada tiganya?
>Malam dan siang.Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siangdatanglah malam.



3. Yang tiga tiada empatnya?
>Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Taala.



4. Yang empat tiada limanya?
>Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.



5. Yang lima tiada enamnya?
>Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.



6. Yang enam tiada tujuhnya?
>Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalamKitab-kitab suci juga.



7. Yang tujuh tiada lapannya?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.



8. Yang lapan tiada sembilannya?
>Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam KitabSuci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalahlapan Malaikat.



9. Yang sembilan tiada sepuluh?
>Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah,sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahuluterdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernahmelakukan yang baik.



10. Sepuluh yang sempurna?
>Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firmanAllah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasatiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah diasepuluh yang sempurna.



11. Yang sebelas?
>Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.



12. Yang dua belas?
>Bilangan bulan dalam setahun.



13. Yang tiga belas?
>Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: SesungguhnyaAku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.



14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga?
>Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayahmereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Merekamembawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang merekalakukan itu adalah suatu dusta.



15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka?
>Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar danberkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum ituberkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidakmahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agamayang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yangsebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.



16. Tempat roh dalam badan manusia?
>Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya olehAllah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkanfirmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.



17. Al Zariyati Zarwa?
>Nama empat macam angin.



18. Al Hamilati Wakra?
>Awan gemawan di dada langit.



19. Al Jariyati Yusra?
>Perahu-perahu yang belayar di laut.



20. Al Mukassimati Amra?
>Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia padamalam Nisfu Syaaban.



21. Yang empat belas?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dantujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupunsecara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datangkepadamu secara patuh dan taat."



22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
>Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam dibawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai denganizin Allah Taala.



23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh?
>Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila iaterlepas.



24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
>Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalambotol iaitu air peluh kuda.



25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggunglelaki dan daripada perempuan?
>Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi IsmailAlaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk NabiAdam dan Siti Hawa Alaihissalam.



26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk?
>Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai



27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
>Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.



28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat?
>Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helahwanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.



29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
>Tongkat Nabi Musa Alaihissalam



30. Wanita yang paling utama?
> Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun)dan Maryam Binti Imran.



31. Gunung yang paling utama?
>Gunung Tursina



32. Binatang yang paling utama?Kuda.



33. Bulan yang paling utama?
>Bulan Ramadhan.



34. Malam yang paling utama?
>Lailatul Qadar.



35. Tentang Atta’mah?
>Hari Kiamat.



36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun adalima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan?
>Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.Lima itu ialah lima waktu solat



37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai rohdan tidak wajib haji?
>Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.



38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu?
>Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telingapahit, air hidung masin dan air mulut tawar.



39. Nakir, fatil dan kitmir?
>Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yangterdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.



40. Sabid dan Labad?
>Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.



41. Sam dan Ram?
>Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.



42. Maksud keldai Makwak?
>Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.



43. Maksud anjing menyalak?
>Anjing menyalak bermaksud: Awas!Celaka bagi penghuni-penghuni neraka darikemurkaan Allah yang maha berkuasa.



44. Maksud jeritan kuda?
>Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tenteraberpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.



45. Maksud jeritan unta?
>Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya):Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.



46. Maksud nyanyian burung Bulbul?
>Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktupetang.


47. Maksud bunyi katak?
>Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.



48. Maksud kata-kata burung Nakus?
>Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam!Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkatlangit?.



49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin,manusia dan Malaikat?
>Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamutelah mewahyukan kepada lebih...



50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam?
>Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.



Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi."



Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

"beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."



Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.



Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."



Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.



"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LA ILA HA ILLALLAHU MUHAMMADAR RASULULLAH." Tegas ketua paderi.Mereka semua tersentak, terdiam.



Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.



Semua paderi memeluk Islam ."Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."



"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi."Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.



"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu."Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"



Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.



Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
والله أعلــم

Tinggal 7 hari lagi...

Alhamdulillah...

Tinggal 7 hari je lagi aku berkhidmat di Rumah Allah Darul Aman(Singapore).

Sedih sungguh rase hati ini..Tapi mungkin di sebalik ini ada Hikmah yang Allah hendak beri.

Bertemu dan berpisah kerana Allah..Pasti Allah akan balas dengan hasanah..

Ya Allah Engkau ampunilah dosa2 ku.Tanpa aku sedari Ya Allah..aku telah lupe kan amanah yang Engkau beri untuk aku berkhidmat di Rumah-Mu ini..banyak benda yang telah aku lengah2 kan sepanjang aku berkhidmat di sini.Jangan lah Engkau berhenti kan aku untuk terus berkhidmat di Rumah Mu Ya Allah..

Ya Allah..

Engkau beri ganjaran kepada mereka2 yang telah banyak mengajar aku untuk menguruskan Rumah-Mu ini Ya Allah..mereka tidak kedekut dengan pengalaman dan ilmu yang mereka ada sepanjang mereka menjadi khalifah untuk meguruskan Rumah-Mu ini..agar ia terus makmur..

Ya Allah..

Engkau tempat lah mereka2 ini dalam golongan2 hamba2 Mu yang telah banyak menghabiskan masa,harta dan diri mereka di jalan-Mu Ya Allah.

mereka telah berkerja keras untuk memakmur kan Rumah-Mu ini Ya Allah..

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hati kami Ya Allah...

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى االله على سيِّدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

والحمد لله رب العلمين

Thursday, July 10, 2008

Keluarga Bahagia...




Peribadi ibubapa terhadap anak-anak
Ibu bapa yang berjaya dalam mendidik ialah apabila anak-anak mereka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya. Di kala ini ertinya telah lahir dari mereka anak yang soleh dan solehah hasil dari didikan yang terbaik dari kedua ibubapa tersebut.
Antara sifat-sifat yang perlu ada pada kedua ibubapa yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak adalah:


1) Beriman dan bertaqwa.


Sebagai ibubapa kita perlulah menghiasi diri dengan iman dan taqwa. Untuk memupuk diri anak-anak supaya beriman dan bertaqwa maka kita perlulah memulakan dengan mengajak mereka melakukan ibadat secara bersama. Sekiranya ke majlis-majlis ilmu, bawalah anak-anak bersama walaupun kemungkinan anak tersebut tidak memahami kandungan ceramah tersebut, tetapi ia telah didedahkan dengan suasana ilmu yang memberangsangkan. Membiasakan anak-anak mendengar alunan zikir serta bacaan Quran akan melembutkan jiwa kanak-kanak tersebut sejak dari kecil.

2) Sabar.


Sifat sabar mestilah sentiasa ada pada kepada kedua ibubapa. Tidak salah jika kita mengalah dengan anak-anak sekiranya itulah jalan yang terbaik dan tentu lama kelamaan anak-anak akan mendapat pengiktirafan daripadanya. Sifat sabar yang ditunjukkan kepada anak-anak dalam banyak kategori iaitu sabar menahan diri kepada melakukan perbuatan jahat, sabar menjalani kewajipan dan sabar menahan diri dari kemunduran .



3) Menepati janji.



Anak-anak amat prihatin terhadap apa-apa yang kita perkata pada mereka terutamanya janji yang kita taburkan selagi kita tidak tunaikan maka selagi itulah mereka akan menuntutnya. Oleh itu sebelum kita berjanji dengan mereka perlulah difikirkan dahulu samada kita sanggup menunaikan ataupun tidak. Sekiranya kita tidak mampu menunaikannya janganlah sekali-kali kita berjanji dengan mereka kerana ia akan membawa kesan yang besar kepada keyakinan dan kepercayaan kalam kita pada masa akan datang.


4) Akhlak mulia.



Jika kita inginkan anak kita berakhlak mulia maka kita juga perlu terlebih dahulu beradab dan berakhlak mulia, jauhkan dari mereka menonjolkan akhlak yang tidak baik di hadapan mereka kerana ia akan membawa kesan tidak percayanya mereka terhadap kita .



5) Bermesra



Ibubapa yang baik, bijak dan kreatif akan menimbulkan keseronokan pada jiwa kanak-kanak. Mereka sentiasa merasakan kehidupan mereka dihargai dann diterima sepenuhnya. Seperti orang dewasa, anak-anak sukakan kemesraan dan gurauan. Ibubapa yang kelakar bisa menambah perbendaharaan kata anak-anaknya. Jadi secara tidak langsung, gurauan juga mampu membantu keberkesanan pendidikan asal tidak berlebihan dan ia berlaku dalam suasana yang sesuai.


6) Beri penghargaan.


Kanak-kanak memang inginkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan. Malah dengan memberi penghargaan itu mereka mungkin akan dapat menyerlah lagi sikap yang lebih baik dan cemerlang. Ibubapa perlu memupuk minat dan semangat mereka peringkat demi peringkat serta memberi penghargaan di atas setiap hasil yang mereka lakukan. Anak-anak akan lebih menghormati dan mengkagumi ibubapa yang bertanggungjawab dan bersedia meluang waktu untuk mengetahui kesulitan permasalahan mereka.


Pelita Hidup Seorang Insan....





GURUKU,

Telah kau corakkan kain putih menjadi sutera yang indah
Telah suburlah tanah yang tandus dengan bunga-bunga mekar
Telah lunaklah hati-hati yang keras dan membakar
Menjadi Insan yang tahu beradab dan bermaruah.


Bagai pelita yang rela membakar dirinya
Untuk menerangi laluan anak bangsa
Sanggup kau hadapi apa jua rintangan
Demi Menyelamat bangsamu dari lembah kejahilan



GURUKU,

Usah kau kecewa bila jasamu tiada penghargaan
Pengorbananmu mengajar aku arti sebenar keikhlasan
Yang tidak pernah mengharapkan balasan
Melainkan Keredhaan DariNYA ,
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.





hasil nukilan: PJ MDA S'pura....



>>>terima kasih atas sumbangan sajak yang Kak PJ berikan....<<<

Wednesday, July 9, 2008

ADAB ORANG YANG BELAJAR ILMU SERTA GURUNYA YANG MENGAJAR





سْم ِاللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم.

Adapun adab orang yang belajar ilmu serta gurunya yang mengajar akan dia itu beberapa perkara


(ya’ni banyak); tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazaly
(رحمه الله تعالى) di dalam Bidayatul Hidayah (sebanyak) sebelas perkara.

( Pertama ) Apabila berdapat (ya’ni bertemu) dengan gurunya, maka hendaklah (dia) mendahulukan memberi salam.

( Kedua ) Bahawa jangan membanyakkan berkata-kata pada (ya’ni di) hadapan gurunya itu.

( Ketiga ) Bahawa jangan ia berkata dengan barang yang tiada (di)izin(kan dahulu) oleh gurunya.

( Keempat ) Jangan ia bertanya akan gurunya melainkan kemudian daripada (ya’ni sesudah) meminta izin daripadanya (ya’ni gurunya).

( Kelima ) Bahawasanya jangan ia menyangkal akan perkataan gurunya itu dengan katanya, “si polan menyalahi akan (ya’ni menyatakan lain daripada apa) yang engkau (ya’ni gurunya) kata itu”, atau sebagainya.

( Keenam ) Bahawa jangan ia memberi isyarat akan gurunya itu dengan menyalahi (ya’ni untuk menyatakan lain) akan bicara gurunya, lalu (murid itu) menyangkai bahawa (dia) terlebih benar daripada (apa yang dikatakan) gurunya; atau terlebih tahu ia daripada gurunya. Maka yang demikian itu kurang adab kepada gurunya lagi kurang berkat.

( Ketujuh ) Bahawa jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk (iaitu duduk bersamanya) pada hadapan gurunya itu.

( Kedelapan ) Bahawa jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan pada hadapan gurunya itu, (bahkan sebaliknya) hendaklah ia duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam sembahyang.

( Kesembilan ) Bahawa jangan ia membanyakkan pertanyaan kepada gurunya itu tatkala segan gurunya itu daripada berkata-kata (ya’ni kurang suka memperkatakan atau membicarakannya), atau tatkala ia lelah (ya’ni letih atau penat).

( Kesepuluh ) Apabila berdiri gurunya atau baharu datang gurunya itu, maka hendaklah ia berdiri pula kerana menta’dzimkan akan gurunya itu, dan jangan diikuti pada ketika bangkitnya itu dengan pertanyaan dan soal(an). Dan jangan bertanya masalah pada ketika ia berjalan hingga sampai kepada tempat duduknya itu, melainkan kerana dharurat (ya’ni terpaksa) maka iaitu (ya’ni yang mana) tiada tertegah bertanya di dalamnya (ya’ni pada ketika itu).

( Kesebelas ) Jangan jahat sangka akan gurunya itu pada segala perbuatannya yang dzahir menyalahi i’tiqadnya, atau bersalahan perbuatan gurunya itu (ya’ni melakukan sesuatu yang lain daripada) pengetahuannya, atau dengan adatnya (ya’ni kebiasaannya); kerana gurunya itu terlebih tahu dengan segala hukum syara’ dan segala rahsia syariat, (seperti) hikayat Nabi Musa (عليه السلام) dan Nabi Khidir (عليه السلام).

(Nota: kisah ini adalah antara kisah para Nabi yang maksum, yang mana tidak boleh kita samakan apa yang berlaku iaitu melibatkan perbuatan berat seperti membunuh, dan merosak harta orang lain dalam konteks murid dan guru hari ini. Kisah ini hanya dibawa untuk ibarat atau contoh untuk menjelaskan keterangan adab kesebelas di atas sahaja iaitu adab dalam berhubungan antara murid dan guru, untuk menyatakan hakikat bahawa guru biasanya lebih faham akan rahsia sesuatu syariat.)

Maka bahawasanya (dzahir) perbuatan Nabi Khidir (عليه السلام) memasukkan (ya’ni merosakkan) akan perahu orang yang tempat ia menumpang akan dia (ya’ni perahu orang yang memberi mereka tumpang naiki dalam kejadian yang pertama), dan membunuh ia akan kanak-kanak yang belum berdosa (dalam kejadian yang kedua); maka dzahir perbuatan Nabi Khidir (عليه السلام) itu menyalahi ia (ya’ni berlawanan) akan syariat.
Dan sebab itu maka menegur Nabi Musa (عليه السلام) akan dia (ya’ni Nabi Musa (عليه السلام) menegur Nabi Khidizir (عليه السلام) itu) pada permulaan (ya’ni pada mulanya persahabatan dan perguruan mereka). Tetapi pada hakikatnya, tiada menyalahi ia (ya’ni perbuatan Nabi Khidir) akan syariat. Dan dengan sebab itulah bahawa Nabi Musa (عليه السلام) pada akhir perbuatannya itu membenarkan akan Nabi Khidir (عليه السلام) itu (ya’ni mengakui kebenaran perbuatan Nabi Khidhir (عليه السلام) itu) serta taslim (ya’ni tunduk) ia (ya’ni Nabi Musa sebagai murid patuh) akan dia(ya’ni Nabi Khidir sebagai gurunya).


والله الموفق أعلم ؛
وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون؛
وغفل عن ذكره الغا فلون؛
والسلام عليكم ورحمة الله وبركته