11 Tanda-Tanda Bahagia
1) Menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat.
2) Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran.
3) Sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan.
4) Sangat memelihara solat fardhu yang lima.
5) Menjaga diri daripada yang haram dan syubhat, sedikit mahu pun banyak.
6) Bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik.
7) Bersifat merendah diri (tidak sombong)
8) Bersifat dermawan yang ikhlas.
9) Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain.
10) Bermanfaat kepada orang lain.
11) Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya.
11 Tanda-Tanda Sengsara
1) Rakus terhadap harta dunia.
2) Kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.
3) Kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah (menceritakan cela ornag lain).
4) Meringankan-ringankan solat fardhu yang lima.
5) Berkawan dengan golongan yang fasik (derhaka)
6) Buruk perangainya.
7) Sombong lagi membangga diri
8) Enggan memberi kebaikan kepada orang lain.
9) Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10) Bersifat kedekut.
11) Lupa terhadap mati.
(petikan kitab Tanbihul Ghafilin)
No comments:
Post a Comment