Wednesday, July 23, 2008

Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.

Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.

"Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.



Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.Menjawab 50 soalan bertanya satu soalanKetua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.



Pertanyaan Ketua Paderi dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami.



1. Yang satu tidak ada duanya?
>Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.



2. Yang dua tiada tiganya?
>Malam dan siang.Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siangdatanglah malam.



3. Yang tiga tiada empatnya?
>Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Taala.



4. Yang empat tiada limanya?
>Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.



5. Yang lima tiada enamnya?
>Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.



6. Yang enam tiada tujuhnya?
>Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalamKitab-kitab suci juga.



7. Yang tujuh tiada lapannya?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.



8. Yang lapan tiada sembilannya?
>Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam KitabSuci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalahlapan Malaikat.



9. Yang sembilan tiada sepuluh?
>Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah,sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahuluterdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernahmelakukan yang baik.



10. Sepuluh yang sempurna?
>Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firmanAllah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasatiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah diasepuluh yang sempurna.



11. Yang sebelas?
>Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.



12. Yang dua belas?
>Bilangan bulan dalam setahun.



13. Yang tiga belas?
>Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: SesungguhnyaAku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.



14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga?
>Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayahmereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Merekamembawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang merekalakukan itu adalah suatu dusta.



15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka?
>Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar danberkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum ituberkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidakmahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agamayang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yangsebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.



16. Tempat roh dalam badan manusia?
>Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya olehAllah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkanfirmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.



17. Al Zariyati Zarwa?
>Nama empat macam angin.



18. Al Hamilati Wakra?
>Awan gemawan di dada langit.



19. Al Jariyati Yusra?
>Perahu-perahu yang belayar di laut.



20. Al Mukassimati Amra?
>Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia padamalam Nisfu Syaaban.



21. Yang empat belas?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dantujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupunsecara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datangkepadamu secara patuh dan taat."



22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
>Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam dibawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai denganizin Allah Taala.



23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh?
>Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila iaterlepas.



24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
>Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalambotol iaitu air peluh kuda.



25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggunglelaki dan daripada perempuan?
>Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi IsmailAlaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk NabiAdam dan Siti Hawa Alaihissalam.



26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk?
>Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai



27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
>Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.



28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat?
>Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helahwanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.



29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
>Tongkat Nabi Musa Alaihissalam



30. Wanita yang paling utama?
> Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun)dan Maryam Binti Imran.



31. Gunung yang paling utama?
>Gunung Tursina



32. Binatang yang paling utama?Kuda.



33. Bulan yang paling utama?
>Bulan Ramadhan.



34. Malam yang paling utama?
>Lailatul Qadar.



35. Tentang Atta’mah?
>Hari Kiamat.



36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun adalima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan?
>Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.Lima itu ialah lima waktu solat



37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai rohdan tidak wajib haji?
>Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.



38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu?
>Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telingapahit, air hidung masin dan air mulut tawar.



39. Nakir, fatil dan kitmir?
>Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yangterdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.



40. Sabid dan Labad?
>Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.



41. Sam dan Ram?
>Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.



42. Maksud keldai Makwak?
>Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.



43. Maksud anjing menyalak?
>Anjing menyalak bermaksud: Awas!Celaka bagi penghuni-penghuni neraka darikemurkaan Allah yang maha berkuasa.



44. Maksud jeritan kuda?
>Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tenteraberpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.



45. Maksud jeritan unta?
>Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya):Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.



46. Maksud nyanyian burung Bulbul?
>Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktupetang.


47. Maksud bunyi katak?
>Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.



48. Maksud kata-kata burung Nakus?
>Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam!Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkatlangit?.



49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin,manusia dan Malaikat?
>Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamutelah mewahyukan kepada lebih...



50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam?
>Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.



Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi."



Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

"beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."



Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.



Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."



Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.



"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LA ILA HA ILLALLAHU MUHAMMADAR RASULULLAH." Tegas ketua paderi.Mereka semua tersentak, terdiam.



Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.



Semua paderi memeluk Islam ."Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."



"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi."Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.



"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu."Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"



Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.



Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
والله أعلــم

No comments: