Saturday, September 28, 2013

Al-Khidmah - Sholawat..Alm Kh Asrori..



Sollu 'Ala Habibi Sayyiduna Muhammad S.A.W..

Sunday, February 10, 2013

Selagi masih ada peluang, Guna dan Hargai dengan sebaik mungkin.

Bismillah..Wassolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah, Sayyiduna Muhammad S.A.W



'amma ba'du..




Lama betul tangan ini tidak menyentuh dan membuka blog ini. Mungkin Allah tak izin kan sebelum ini pasti ada sebab nya. Semoga dengan keizinan pada malam ini, dapat beri peluang kepada diri ku untuk beristiqamah dalam penulisan dan terus belajar dan memahami adab-adab dalam penulisan. Agar pegisian yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada yang membaca, khusus kepada yang menulis..kerana apa yang disampaikan perlu dimulakan dengan diri ini dahulu. Baru boleh sampai kan kepada yang lain :)

Dan platform ini juga adalah salah 1 cara menyampaikan dakwah :)

Teringat akan nasihat terakhir seorang muslimah mujahidah yang dijemput oleh Rabb nya dalam keadaan beliau bersedia..disini ku lampirkan juga link kisah yang disampaikan oleh ibu Al-Marhumah selepas kembali nya beliau menghadap Allah S.W.T. Al-Fatihah buat Al-Marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Mungkin ada belum sempat baca lagi kisah beliau.antara kalam nya yang memberi tamparan adalah 
"... Allah marah sebab tak dakwah sungguh-sungguh. Tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang ..." 



Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang sentiasa diredhai Mu, tetapkan hati kami untuk terus beristiqamah dalam beribadah. Hadir kan cinta kami kepada Mu dan Rasul Mu di hati kami, dan bukan sekadar di mulut kami Ya Allah..Ya Hayyu Ya Qayyum..Ya Arhamarrahimin..Ya Dzal Quwwatil Matin..Ya Dzal Jalali Wal Ikram..amitna Ya Allah 'ala Deenil Islam.
WasollaAllhu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'in..Walhamdulillahi Rabbil 'Alameen..

Tuesday, May 29, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله سيدنا محمد صلى الله وسلم آله وصحبه وسلم
.. عم بعد

Teman yang kasih kepada Kekasih Nya

Sesungguhnya hati ini amat menyayangi dirimu kerana Allah S.W.T.. Sejujur nya hati ini tidak mampu melihat kesedihan mu..sesungguhnya engkau adalah teman yang selalu menemani kerenah dan telatah ku tanpa kenal erti penat dan lelah..sesungguhnya engkau adalah teman yang sentiasa memberi ku sokongan dan nasihat tanpa mengharap sedikit pun balasan dari ku..sesungguhnya engkau adalah teman yang selalu menemani ku disaat diri ku memerlukan tempat untuk meluahkan. Semuanya engkau lakukan dengan seikhlas hati kerana itu adalah perintah agama jujungan mu. 

 Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ini dikala diri ku telah membuat mu dirimu berduka walaupun luaran engkau melihat ku tersenyum? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ku ini bila melihat dirimu difitnah? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa perit nya hati ini, berat nya langkah kaki ini seketika ku harus meninggal kan mu dalam perjungan dakwah? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ini disaat diri mu dilanda badai dalam perjuangan dakwah mu? Teman, tidak kah engkau mengetahui, setiap hari diri ku berasa takut untuk kehilangan mu sebelum perjungan dakwah kita selesai? 

Teman, maaf kan diri ku yang hina ini jika diri ku ini telah menyakiti, mendukai, dan mengecewai hati mu..sesungguhnya tidak sedikit pun terdetik dihati ku ini untuk menambah kesedihan dan badai di jiwa mu. Ku amat takuti diri ku ini tidak dapat menjawab soalan yang Maha Hakim dan kekasih  cinta kita Sayyiduna Muhammad S.A.W berkenaan diri mu kelak. Ia sama sekali diri ku telah mengundang kemurkaan Allah kerana telah membuat duka dihati kekasih Nya dan kekasih kepada Kekasih Nya. Ku rasa bersyukur kepada Sang Maha Pencipta dan Maha Memberi, kerana telah mengurniakan insan seperti diri mu. Sesungguhnya diri ini amat bergembira melihat keceriaan, kebahgiaan dan ketenangan pada diri mu.

Teman, setiap hari ku berdoa ke Hadrat Allah S.W.T biar Jemputan Nya sahaja yang dapat memisahkan kita dari medan perjuangan ini. Semoga diri ku akan selalu berdamping dengan mu untuk menyebarkan syariat Sayyiduna Muhammad S.A.W dan mengibar kan panji-panji Sayyiduna Muhammad S.A.W. 

Teman, ku berdoa semoga Allah senantiasa menjaga diri mu, dan memberikan ketenangan kepada mu dalam apa jua keadaan mu. Semoga Allah membalas mu dengan sebaik-baik balasan diatas segala amal mu yang ikhlas kepada Nya.

Teman, jika di Daril Akhirah kelak diri mu bersama kelompok Rasulullah S.A.W dan diri ku ini tidak bersama kelompok tersebut, maka tarik lah diri ku ini agar aku dapat bersama sang kekasih Yang Maha Agung, Sayyiduna Wa Habibina Nabiyina Muhammad S.A.W. Teman, akhir sekali ku mohon pada mu, andai engkau mendapati diri ku telah kembali kepangkuan Nya..maka jangan lah sesekali engkau lupa membacakan setangkai Surah Al-Fatihah agar ia akan menjadi kebahgiaan ku disana kelak. 

~salam sayang dari teman mu yang lemah~

Monday, January 30, 2012

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmannirahim..
 
Aku teringat akan khutbah Jumaat yang telah di sampai kan oleh imam baru-baru ini..
Antara teks yang di sampai kan oleh khatib pada hari itu amat menyentuh perasaan ku,
dan aku pasti bukan hanya aku yang merasai nya..pasti seluruh umat Islam yang memdengar pun..
pasti akan merasa perkara yang sama....
 

Antara text yang berbunyi:-

"Saudaraku,
Kehidupan kita seharian tidak pernah lekang daripada rezki makanan dan minuman. Kita dikurniakan udara untuk dapat bernyawa lantas menjalankan kehidupan kita bersama orang yang tersayang. Kita bergerak dan bekerja setiap hari dengan nikmat anggota badan kita.
Namun di dalam menikmati semua ini, sejauh manakah kita melahirkan kesyukuran kita kepada yang Maha Pemberi segalanya. Maha Suci Allah yang tidak pernah mengabaikan rahmatnya dan tidak pernah melupakan kita biarpun sesaat.
Bagaimanakah hubungan kita bersama yang Maha Pemurah Ar-rahman dan Maha Pengasih Ar-Rahim? Sejauh manakah keakraban kita kepada Allah s.w.t. selama setahun ini saudara-saudara sekalian?
Adakah kita hanya mengingati Allah tatkala manusia mengabaikan kita? Adakah kita hanya sujud tunduk kepadaNya apabila kita ditimpa musibah dan kecelakaan?"

SubhanaAllah..
sayang dan kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya..
marilah..sama-sama kita renung balik diri kita..muhasabah lah diri kita..sejauh manakah kita telah menunjukkan tanda-tahda kesukuran dan ketaqwaan kita kepada Yang Maha Agung..
Semoga Allah S.W.T. sentiasa Merahmati dan Meredhai hidup kita di atas bumi yang tidak kekal abadi..
Ya Allah..
Terimalah taubat kami..
Jauh kan lah kami dari siksaan kubur dan azab api neraka Mu Ya Allah..
Engkau redhai lah kami..
Rahmatilah kami..
Ampunilah kami..
Sesungguh nya Engkau lah Maha Pengampun..
Ya Allah,
Matikan lah kami dalam keadaan yang baik-baik..
Dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan yang buruk.
Amiin..Amiin..Ya Rabbal 'Alamiin..