Tuesday, May 29, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله سيدنا محمد صلى الله وسلم آله وصحبه وسلم
.. عم بعد

Teman yang kasih kepada Kekasih Nya

Sesungguhnya hati ini amat menyayangi dirimu kerana Allah S.W.T.. Sejujur nya hati ini tidak mampu melihat kesedihan mu..sesungguhnya engkau adalah teman yang selalu menemani kerenah dan telatah ku tanpa kenal erti penat dan lelah..sesungguhnya engkau adalah teman yang sentiasa memberi ku sokongan dan nasihat tanpa mengharap sedikit pun balasan dari ku..sesungguhnya engkau adalah teman yang selalu menemani ku disaat diri ku memerlukan tempat untuk meluahkan. Semuanya engkau lakukan dengan seikhlas hati kerana itu adalah perintah agama jujungan mu. 

 Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ini dikala diri ku telah membuat mu dirimu berduka walaupun luaran engkau melihat ku tersenyum? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ku ini bila melihat dirimu difitnah? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa perit nya hati ini, berat nya langkah kaki ini seketika ku harus meninggal kan mu dalam perjungan dakwah? Teman, tidak kah engkau mengetahui bertapa sedih nya hati ini disaat diri mu dilanda badai dalam perjuangan dakwah mu? Teman, tidak kah engkau mengetahui, setiap hari diri ku berasa takut untuk kehilangan mu sebelum perjungan dakwah kita selesai? 

Teman, maaf kan diri ku yang hina ini jika diri ku ini telah menyakiti, mendukai, dan mengecewai hati mu..sesungguhnya tidak sedikit pun terdetik dihati ku ini untuk menambah kesedihan dan badai di jiwa mu. Ku amat takuti diri ku ini tidak dapat menjawab soalan yang Maha Hakim dan kekasih  cinta kita Sayyiduna Muhammad S.A.W berkenaan diri mu kelak. Ia sama sekali diri ku telah mengundang kemurkaan Allah kerana telah membuat duka dihati kekasih Nya dan kekasih kepada Kekasih Nya. Ku rasa bersyukur kepada Sang Maha Pencipta dan Maha Memberi, kerana telah mengurniakan insan seperti diri mu. Sesungguhnya diri ini amat bergembira melihat keceriaan, kebahgiaan dan ketenangan pada diri mu.

Teman, setiap hari ku berdoa ke Hadrat Allah S.W.T biar Jemputan Nya sahaja yang dapat memisahkan kita dari medan perjuangan ini. Semoga diri ku akan selalu berdamping dengan mu untuk menyebarkan syariat Sayyiduna Muhammad S.A.W dan mengibar kan panji-panji Sayyiduna Muhammad S.A.W. 

Teman, ku berdoa semoga Allah senantiasa menjaga diri mu, dan memberikan ketenangan kepada mu dalam apa jua keadaan mu. Semoga Allah membalas mu dengan sebaik-baik balasan diatas segala amal mu yang ikhlas kepada Nya.

Teman, jika di Daril Akhirah kelak diri mu bersama kelompok Rasulullah S.A.W dan diri ku ini tidak bersama kelompok tersebut, maka tarik lah diri ku ini agar aku dapat bersama sang kekasih Yang Maha Agung, Sayyiduna Wa Habibina Nabiyina Muhammad S.A.W. Teman, akhir sekali ku mohon pada mu, andai engkau mendapati diri ku telah kembali kepangkuan Nya..maka jangan lah sesekali engkau lupa membacakan setangkai Surah Al-Fatihah agar ia akan menjadi kebahgiaan ku disana kelak. 

~salam sayang dari teman mu yang lemah~

No comments: