الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله..
Izin kan diri al-faqir untuk berkongsi sedikit dalam pengalaman hidup al-faqir sepanjang menjadi suami yg baru setahun jagung ini *jika ada senior-senior yang baca harap dapat tegur jika ada kesalahan dalam pengongsian ini*
Dalam kehidupan sebagai suami isteri..si suami perlu lalui konsep give and take.
Dalam kehidupan sebagai suami isteri..si suami perlu lalui konsep give and take.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul:- "Sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..buang yang keruh..ambil yang jernih..baru teguh peribadi"
Kadang-kadang masyarakat sekeliling, melihat seorang suami yang hanya tunduk dan patuh kepada bebelan isteri seolah-olah kena penyakit TB a.k.a Takut Bini..hehe..
Hakikat nya ia adalah tanda kasih sayang dan cinta si suami. Kerana beliau ingin mengelak kan agar tidak tercetus nya "perang dunia ke-3" dengan si isteri *sape tak sayang isteri oii* ;)
Hakikat nya ia adalah tanda kasih sayang dan cinta si suami. Kerana beliau ingin mengelak kan agar tidak tercetus nya "perang dunia ke-3" dengan si isteri *sape tak sayang isteri oii* ;)
Oleh yang demikian para masyarakat sekeliling juga perlu tanam sifat tidak bersangka buruk kepada pasangan suami isteri tersebut..kerana si suami lebih mengetahui sejauh mana tindakkan isteri nya sendiri, adakah ia melampaui batas atau tidak..sebagai orang luar, janganlah sesekali pandai-pandai nak menghukum isteri si fulan tu sebagai nusyuz ke, derhaka ke, atau yg sewaktu dengan nya..takut pula..kerana mulut orang lain..rumah tangga orang lain binasa *sape mau tanggung*
Jom kita selami bagaimana Rasulullah S.A.W melayan telatah Isteri-isteri beliau sewaktu mereka menunjuk kan kemarahan kepada Rasulullah atau kisah Tauladan Sahabat R.Ahum ketika isteri mereka marah.
Disini saya selit sebuah kisah dan sikap salah seorang Sahabat Rasulullah iaitu Sayyiduna Umar Al-Khattab.
Jika tidak pernah baca..cuba baca kisah ini..semoga jadi pedoman untuk kita semua..
"Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang kemari?"Lalu si suami tadi menjawab, "Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku."Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri."Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya."
Semoga ia manfaat untuk kita semua :)
Wallahualam..