Monday, January 30, 2012

Kehadiran Rabiul Awal


بسم الله الرحمن الرحيم

حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ اْلجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ
 اَلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِيْ هَدَانَا بِعَبْدِهِ اْلمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ نَادَانَا لَبَّيْكَ يَا مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ وَبـَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ

"Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhaka Mathlubi"

Alhamdulillah selagi kita diketemukan Allah S.W.T. pada bulan kelahiran Seorang Manusia Agung sepanjang zaman. Tiada yang mampu menandingi diri nya dari segi akhlak nya, dakwah nya, kasih sayang nya dan segala-gala yang ada pada diri nya. Beliau adalah Penghulu segala Anbiya' wa Rusul. Nabiyyina Wa Sayyidina Muhammad Bin Abdullah S.A.W. 

Para Ulama' terdahulu telah memikirkan bagaimana cara untuk mera'i kan setiap kali tiba bulan Rabi'ul Awal atau Bulan Maulid Nabi S.A.W. Ada sebahagian Ulama' berpendapat harus memperbanyakkan membaca Al-Quran, ada sebahagian lagi yang berpendapat di harus memperbanyakkan membaca atau menyampai kan Sirah Nabawiyyah dan sebagai nya.

Alhamdulillah, Allah telah memberi ilham kepada beberapa para 'alim untuk mengarang beberapa syair yang merupakan sirah dan puji-pujian keatas Nabi Muhammad S.A.W. maka lahirlah kitab-kitab Maulid diantara nya seperti Simtuddhuror, karangan Al-Allamah Al-Habib Al-Imam Ali Bin Muhammad Bin Hussein Al-Habsyi. Ad-Diba'ie, karangan Al-Imam Abdul Rahman Ad-Dibai'ie dan juga seperti kitab Maulid Dhiyaul lami' karangan Al-Musnid Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz.. Jika kita melihat semula segala makna-makna dalam kitab-kitab maulid tersebut adalah menceritakan tentang Sirah Nabawiyyah S.A.W..seperti sejarah melayu yang dibaca dalam bentuk lagu, ia disebut sebagai "Gurindam". Begitu juga dengan karangan Kitab-Kitab Maulid tersebut. Maka tidak ada dalil khusus untuk menyesat kan bagi mereka yang membaca maulid dan menyambut nya. Ia dilakukan semata-mata untuk memuji dan menunjukkan tanda kecintaan kita sebagai Ummat Nabiyyuna Muhammad S.A.W.

Tidak dilupakan juga. Dalam menunjukkan cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W, kita seharus nya juga mengikuti Sunnah-Sunnah Nabi S.A.W.. Jangan hanya bermaulid tetapi lupa akan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baik dari segi perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang datang dari Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun tidak mampu untuk mengamalkan semua. Sekurang-kurang nya sedikit dan Istiqamah. Tetapi berazam untuk menambah dan mengamalkan Sunnah-Sunnah yang lain juga.

Alhamdulillah..Di kota kita ini telah Allah terbit kan Majlis-Majlis Maulid yang dipelopori oleh Para Asatizah yang mempunyai semangat dan mengajak para Ummat Sayyiduna Muhammad untuk mencitai Rasulullah S.A.W.

Sempena bulan Maulid yang mulia ini. Sama-sama kita Muhasabah semula. Sejauh mana kita telah mengikut Sunnah Nabi S.A.W? Sejauh mana cinta kita kepada Nabi S.A.W? Sesungguh nya jika kita cinta kan Rasulullah S.A.W maka secara langsung kita juga harus mengikut Sunnah dan Syariat nya dengan hati yang ikhlas, maka kita akan memperolehi Cinta Allah dan Rasulnya juga. 

Semoga Allah menempatkan kita bersama dengan mereka-mereka yang kita cintai di akhirt kelak. Semoga Allah berjumpa kan kita dengan Rasulullah S.A.W kelak. Dan menjadi kan Kota Singapura ini sebagai Kota Sayyiduna Muhammad S.A.W.

"Wahai Tuanku (Sayyidina Rasulullah), hatiku lebur dengan kecintaan kepadamu, mata ini niscaya menangis darah setelah air mata mengering dan tidak mengalir"

"Wahai ALLAH, Muliakanlah aku dengan memandang Tuanku (Sayyidina Muhammad) dan Bersihkanlah hati yang penuh dengan kekeruhan ini"

"Wahai Allah Kumpulkanlah Kami Bersama Kekasih-Kekasih Kami di surga Firdaus- Mu Wahai yang hanya kepada Nya harapan kami"


 "Demi Hamba (saw) yang terpilih yang Limpahan Shalawat selalu atasnya dan atas keluarga serta keturunannya sebanyak hembusan angin di pagi hari"

سُبْحَانَ    رَ بِّكَ   رَ بِّ   الْعِزَّ ةِ    عَمَّا  يَصِفُونَ
وَ سَلاَ مٌ    عَلَى   الْمُرْ سَلِينَ
وَ الْحَمْدُ   لِلّهِ   رَ بِّ  العَالَمِينَ

No comments: