Sunday, February 10, 2013

Selagi masih ada peluang, Guna dan Hargai dengan sebaik mungkin.

Bismillah..Wassolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah, Sayyiduna Muhammad S.A.W



'amma ba'du..




Lama betul tangan ini tidak menyentuh dan membuka blog ini. Mungkin Allah tak izin kan sebelum ini pasti ada sebab nya. Semoga dengan keizinan pada malam ini, dapat beri peluang kepada diri ku untuk beristiqamah dalam penulisan dan terus belajar dan memahami adab-adab dalam penulisan. Agar pegisian yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada yang membaca, khusus kepada yang menulis..kerana apa yang disampaikan perlu dimulakan dengan diri ini dahulu. Baru boleh sampai kan kepada yang lain :)

Dan platform ini juga adalah salah 1 cara menyampaikan dakwah :)

Teringat akan nasihat terakhir seorang muslimah mujahidah yang dijemput oleh Rabb nya dalam keadaan beliau bersedia..disini ku lampirkan juga link kisah yang disampaikan oleh ibu Al-Marhumah selepas kembali nya beliau menghadap Allah S.W.T. Al-Fatihah buat Al-Marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Mungkin ada belum sempat baca lagi kisah beliau.antara kalam nya yang memberi tamparan adalah 
"... Allah marah sebab tak dakwah sungguh-sungguh. Tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang ..." 



Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang sentiasa diredhai Mu, tetapkan hati kami untuk terus beristiqamah dalam beribadah. Hadir kan cinta kami kepada Mu dan Rasul Mu di hati kami, dan bukan sekadar di mulut kami Ya Allah..Ya Hayyu Ya Qayyum..Ya Arhamarrahimin..Ya Dzal Quwwatil Matin..Ya Dzal Jalali Wal Ikram..amitna Ya Allah 'ala Deenil Islam.
WasollaAllhu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'in..Walhamdulillahi Rabbil 'Alameen..