Monday, July 28, 2008

Syeikh Abdul Wahab Rokan


Syeikh Abdul Wahab Rokan, Ulama Tarekat Yang BerwibawaBabussalam, Langkat, Sumatera Timur adalah merupakan pusat penyebaran Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al- Minankabawi.

Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor dan Singapura.Namanya ketika kecil ``Abul Qasim'', digelar juga dengan ``Faqih Muhammad''.


Nama lengkap Syeikh Abdul Wahhab bin `Abdul Manaf bin Muhammad Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai. Lahir 10 Rabiulakhir 1242 H/11 November 1826 M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada hari Jumaat, 21 Jamadilawal 1345 H/26 Disember 1926 M.


Moyangnya Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya.PendidikanSelain pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahhab belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Halim di Tembusai.

Dalam 1846 M - 1848 M Abdul Wahhab merantau ke Semenanjung, pernah tinggal di Johor dan Melaka. Dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu digunakannya kesempatan mengajar dan belajar.


Di antara gurunya ketika berada di Malaya (Malaysia Barat) ialah Tuan Guru Syeikh Muhammad Yusuf seorang ulama yang berasal dari Minangkabau. Masih dalam tahun 1848 itu juga Abdul Wahhab meneruskan pengembaraannya menuju ke Mekah dan belajar di sana hingga tahun 1854 M.


Di antara gurunya sewaktu di Mekah ialah Syeikh Muhammad Yunus bin Syeikh Abdur Rahman Batu Bara, Asahan, dan lain-lain. Pelajaran tasawuf khusus mengenai Thariqat Naqsyabandiyah Abdul Wahhab dididik oleh seorang ulama besar yang cukup terkenal, beliau ialah Syeikh Sulaiman Zuhdi di Jabal Abi Qubis, Mekah.Pulang dan Aktiviti Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan pulang ke tanah air dalam tahun 1854 M dan dalam tahun itu juga mengajar di Tanjung


Mesjid, daerah Kubu Bagan Siapi-api, Riau.

Dalam tahun 1856 M beliau juga mengajar di Sungai Mesjid, daerah Dumai, Riau. Selanjutnya mengajar di Kualuh, wilayah Labuhan Batu tahun 1860 M. Mengajar di Tanjung Pura, Langkat tahun 1865 M. Mengajar di Gebang tahun 1882 M, dan dalam tahun itu juga berpindah ke Babussalam, Padang Tualang, Langkat.


Di Babussalamlah dijadikan sebagai pusat seluruh aktiviti, sebagai pusat tarbiyah zhahiriyah, tarbiyah ruhaniyah dan dakwah membina umat semata-mata mengabdi kepada Allah s.w.t.Sungguh pun demikian Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan tidak mengabaikan perjuangan duniawi kerana beliau bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin, Sultan Kerajaan Rokan dan Haji Abdul Muthallib, Mufti Kerajaan Rokan pernah mengasaskan ``Persatuan Rokan''. ``Persatuan Rokan'' bertujuan secara umumnya adalah untuk kemaslahatan dan kebajikan Rokan. Walau bagaimana pun tujuan utamanya adalah perjuangan kemerdekaan untuk melepaskan Kerajaan Rokan dari penjajahan Belanda.


Pembahagian kerja ``Persatuan Rokan'' ialah Sultan Zainal Abidin sebagai pelaksana segala urusan luar negeri. Haji Abdul Muthallib menjalankan pekerjaan-pekerjaan dalam negeri dan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab sebagai menerapkan pendidikan memberi semangat pada masyarakat.Perkampungan BabussalamDalam tarikh 12 Syawal 1300 H/12 Ogos 1883 M Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan bersama 160 orang pengikutnya dengan menggunakan 13 buah perahu memudiki Sungai Serangan menuju perkampungan peribadatan dengan undang-undang atau peraturannya tersendiri yang dinamakan Babussalam.


Pendidikan mengenai keislaman diterapkan setiap hari dan malam, sembahyang berjemaah tidak sekali-kali diabaikan. Tilawah al-Quran, selawat, zikir, terutama zikir menurut kaedah Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dan lain-lain sejenisnya semuanya dikerjakan dengan teratur di bawah bimbingan ``Syeikh Mursyid'' dan ``khalifah-khalifah''nya. ``Syeikh Mursyid'' adalah Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sendiri. ``Khalifah'' ada beberapa orang, pada satu ketika di antara ``khalifah'' terdapat salah seorang yang berasal dari Kelantan. Beliau ialah khalifah Haji Abdul Hamid, yang masih ada kaitan kekeluargaan dengan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani.Pada tahun 1342 H/1923 M Asisten Residen Belanda bersama Sultan Langkat menyematkan ``Bintang Emas'' untuk Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Wakil pemerintah Belanda menyampaikan pidatonya pada upacara penyematan bintang itu, ``Adalah Tuan Syeikh seorang yang banyak jasa mengajar agama Islam dan mempunyai murid yang banyak di Sumatera dan Semenanjung dan lainnya, dari itu kerajaan Belanda menghadiahkan sebuah ``Bintang Emas'' kepada Tuan Syeikh.


Seorang sufi sebagai Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan penyematan bintang seperti itu bukanlah merupakan kebanggaan baginya, mungkin sebaliknya bahawa bisa saja ada maksud-maksud tertentu daripada pihak penjajah Belanda untuk memperalatkan beliau untuk kepentingan kaum penjajah yang sangat licik itu.


Oleh itu, dengan tegas Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan berkata ketika itu juga, ``Jika saya dipandang seorang yang banyak jasa, maka sampaikanlah pesan (amanah) saya kepada Raja Belanda supaya ia masuk Islam.''KaryaTidak banyak diketahui hasil penulisan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Setakat ini yang dapat dikesan ialah:

1. Munajat, merupakan kumpulan puji-pujian dan pelbagai doa.

2. Syair Burung Garuda, merupakan pendidikan dan bimbingan remaja .

3. Wasiat, merupakan pelajaran adab murid terhadap guru, akhlak, dan 41 jenis wasiat.


Petikan 41 wasiat yang dimaksudkan beliau antaranya:

Wasiat yang pertama, ``Hendaklah kamu sekalian masyghul dengan menuntut ilmu Quran dan kitab kepada guru-guru yang mursyid. Dan hinakan diri kamu kepada guru kamu dan perbuat apa-apa yang disuruhnya. Jangan bertangguh. Dan banyak-banyak bersedekah kepadanya.

Dan seolah-olah diri kamu itu hambanya. Dan jika sudah dapat ilmu itu maka hendaklah kamu ajarkan kepada anak cucu, kemudian kepada orang lain. Dan kasih sayang kamu akan muridmu seperti kasih sayang akan cucu kamu. Dan jangan kamu minta upah dan makan gaji sebab mengajar itu, tetapi minta upah dan gaji itu kepada Tuhan Esa lagi Kaya Murah, iaitu Allah Ta'ala.''


Wasiat yang kedua, ``Apabila kamu sudah baligh hendaklah menerima Thariqat Syaziliyah atau Thariqat Naqsyabandiyah supaya sejalan kamu dengan aku. ``

Wasiat yang kedua ini jelas bahawa Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat menekankan amalan tarekat. Mengenai ini juga ada hujah-hujah yang kuat di kalangan penganut-penganut sufi, walau pun ada golongan yang tidak sependapat dengan yang demikian itu. Pada pandangan saya mempertikaikannya adalah merupakan pekerjaan yang sia-sia, kerana bermujadalah adalah termasuk salah satu sifat mazmumah (dicela) oleh syarak Islam.


Wasiat yang ketiga, ``Jangan kamu berniaga - maksudnya jika terdapat penipuan atau pun riba. Jika hendak mencari nafkah hendaklah dengan tulang empat kerat seperti berhuma dan berladang dan menjadi amil (orang yang bekerja, pen:). Dan di dalam mencari nafkah itu hendaklah bersedekah tiap-tiap hari supaya segera dapat nafkah.

Dan jika dapat ringgit sepuluh, maka hendaklah sedekahkan satu dan taruh sembilan. Dan jika dapat dua puluh, sedekahkan dua. Dan jika dapat seratus, sedekahkan sepuluh dan taruh sembilan puluh. Dan apabila cukup nafkah kira-kira setahun maka hendaklah berhenti mencari itu dan duduk beramal ibadat hingga tinggal nafkah kira-kira empat puluh hari maka boleh mencari.''


Wasiat yang keempat, ``Maka hendaklah kamu berbanyak-banyak sedekah sebilang hari istimewa pada malam Jumaat dan harinya. Dan sekurang-kurang sedekah itu empat puluh duit pada tiap-tiap hari.

Dan lagi hendaklah bersedekah ke Mekah pada tiap-tiap tahun.''


Wasiat yang kelima, ``Jangan kamu bersahabat dengan orang yang jahil dan orang fasik. Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil. Tetapi bersahabatlah kamu dengan orangalim-alim dan ulama-ulama dan salih-salih.''

Wasiat yang keenam, ``Jangan kamu hendak kemegahan dunia dan kebesarannya seperti hendak menjadi kadi, imam dan lain-lainnya istimewa pula hendak jadi penghulu-penghulu dan lagi jangan hendak menuntut harta benda banyak-banyak. Dan jangan dibanyakkan memakai pakaian yang halus.

''Wasiat yang ketujuh, ``Jangan kamu menuntut ilmu sihir seperti kuat, dan kebal dan pemanis serta lainnya kerana sekalian ilmu telah ada di dalam al-Quran dan kitab.

''Wasiat yang kelapan, "Hendaklah kamu kuat menghinakan diri kepada orang Islam, dan jangan dengki khianat kepada mereka itu. Dan jangan diambil harta mereka itu melainkan dengan izin syarak.''

Demikianlah 8 wasiat yang dipetik dari 41 wasiat Syeikh Abdul Wahhab Rokan, semuanya masih perlu perbahasan atau pentafsiran yang panjang. Kerana jika tidak ditafsirkan kemungkinan orang-orang yang berada di luar lingkungan sufi akan beranggapan bahawa wasiat beliau itu sebagai penghalang terhadap kemajuan dunia moden.

Sebelum anda sempat mengikuti pentafsirannya, saya berpendapat bahawa jalan menuju takwa kepada Allah sekali-kali adalah tidak menghalang kemajuan dunia moden jika kemajuan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.MuridMurid Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat ramai:

Di antara muridnya yang dianggap mursyid dan khalifah dan yang sangat giat menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Batu Pahat, Johor ialah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi. Muridnya yang lain ialah Syeikh Muhammad Nur Sumatera. Murid Syeikh Muhammad Nur Sumatera ialah Haji Yahya Laksamana al-Khalidi an-Naqsyabandi, Rambah, Sumatera. Beliau ini adalah penyusun buku berjudul Risalah Thariqat Naqsyabandiyah Jalan Ma'rifah, cetakan pertama tahun 1976 di Malaysia, diterbitkan oleh pengarangnya sendiri.


(Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Syeikh Abdul Wahhab Rokan, Mursyid Tarekat Yang Berwibawa karya Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Friday, July 25, 2008

ADA-ADA SAJE-SEMPENA BULAN BAHASA MELAYU

Assalamualaikum wr wb

"Kalau naik mrt/lrt di pagi hari - menyakitkan hati"

"Nak naik bas - badan naik lemas"

"Kenapa tak naik motosikal? - Jauh Sekali, hati belum cekal"

"Ingin naik teksi - Eh, eh, tambang naik lagi"

Begitulah asam garam hidup di dunia. Namun," alah Bisa tegal dek Biasa "

Wednesday, July 23, 2008

RENUNGAN SEPINTAS LALU...

Dalam meneruskan perjalanan hidup untuk mencapai cita-citamu, ingatlah pesanan-pesanan ini :

1 Engkau harus mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai apa yang engkau cita-citakan. Pastikan engkau berusaha gigih untuk mencapainya serta tidak terpesong jauh dari matlamat yang dituju.

2 Pastikan engkau memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan pengetahuan serta mengayakan pengalamanmu walaupun engkau perlu belajar daripada pengalaman hidup orang lain di sekelilingmu. Peluang hanya datang sekali seumur hidupmu. Masa yang tersia dan tidak dimanfaatkan” tidak akan kembali lagi sampai bila-bila pun.”

3 Selalu bersyukur kpd nikmat yang Allah berikan serta tidak bersifat ego untuk belajar dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Dengan lain perkataan, selalulah “bermuhasabah diri” dalam hidup ini. Engkau tidak akan rugi sedikit pun. Jiwamu akan selalu tenang dan dapat menerima apa jua dugaan yang datang. Ingatlah perjalanan hidup ini tidak selalunya mudah dan lurus laluannya Kadangkala penuh berliku dan tanpa kau sedari yang pahit itulah kenyataannya!

4 Ingatlah pesanan dari Rasullullah s.a.w. bahawa “sebaik-baik manusia dalam hidup ini adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain” Sematkan di hati pesanan ini supaya engkau selalu ingin berbakti walau di mana engkau berada. Walau apa pun yang engkau lakukan, yang penting sekali adalah lakukan dengan penuh keikhlasan. Pasti dapat engkau rasakan kemanisan iman yang dijanjikan oleh Allah swt. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan dan dibayangkan melainkan engkau telah merasakannya sendiri!

5 Pesanan drp Hilal bin Alak (drp Buku Bidayatul Hidayah- Imam Ghazali):

Ketika aku memaafkan org lain dan aku tidak menaruh sebarang kedengkian terhadap mereka, aku tlh selamat drp sebarang kesusahan dan permusuhan.
Aku memberi penghormatan kpd musuh ketika aku berjumpa dgnnya. Dengan cara ini, aku dapat selamat dari kejahatan mereka.
Ketika aku menunjukkan kegembiraanku terhadap orang yang ingin aku marahi, maka aku berjaya memenuhi hatiku dgn kebahgiaan.
Sebenarnya aku masih belum selamat dari kejahatan org yang tidak aku kenali maka betapa aku akan selamat dari kejahatan orang yg sudah aku cintai.
Manusia itu sebenarnya penyakit dan cara menyembuhkannya hanya dengan tidak mencampuri urusan mereka. Tetapi jangan memutuskan perhubungan persaudaraan sama sekali. Janganlah engkau mengganggu mereka nescaya engkau selamat dari gangguan mereka.
Apabila engkau mahu bersahabat dgn mereka, hendaklah engkau bersabar menghadapi perangai mereka. Jadikan dirimu seakan-akan tuli, bisu, buta drp kesalahan mereka dan hendaklah engkau sentiasa bertakwa.


والله أعلم
Hasil Nukilan Dari PJ..Terima Kasih atas nukilan mu...

Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.

Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.

"Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.



Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.Menjawab 50 soalan bertanya satu soalanKetua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.



Pertanyaan Ketua Paderi dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami.



1. Yang satu tidak ada duanya?
>Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.



2. Yang dua tiada tiganya?
>Malam dan siang.Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siangdatanglah malam.



3. Yang tiga tiada empatnya?
>Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Taala.



4. Yang empat tiada limanya?
>Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.



5. Yang lima tiada enamnya?
>Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.



6. Yang enam tiada tujuhnya?
>Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalamKitab-kitab suci juga.



7. Yang tujuh tiada lapannya?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.



8. Yang lapan tiada sembilannya?
>Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam KitabSuci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalahlapan Malaikat.



9. Yang sembilan tiada sepuluh?
>Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah,sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahuluterdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernahmelakukan yang baik.



10. Sepuluh yang sempurna?
>Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firmanAllah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasatiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah diasepuluh yang sempurna.



11. Yang sebelas?
>Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.



12. Yang dua belas?
>Bilangan bulan dalam setahun.



13. Yang tiga belas?
>Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: SesungguhnyaAku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.



14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga?
>Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayahmereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Merekamembawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang merekalakukan itu adalah suatu dusta.



15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka?
>Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar danberkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum ituberkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidakmahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agamayang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yangsebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.



16. Tempat roh dalam badan manusia?
>Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya olehAllah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkanfirmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.



17. Al Zariyati Zarwa?
>Nama empat macam angin.



18. Al Hamilati Wakra?
>Awan gemawan di dada langit.



19. Al Jariyati Yusra?
>Perahu-perahu yang belayar di laut.



20. Al Mukassimati Amra?
>Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia padamalam Nisfu Syaaban.



21. Yang empat belas?
>Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dantujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupunsecara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datangkepadamu secara patuh dan taat."



22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
>Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam dibawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai denganizin Allah Taala.



23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh?
>Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila iaterlepas.



24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
>Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalambotol iaitu air peluh kuda.



25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggunglelaki dan daripada perempuan?
>Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi IsmailAlaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk NabiAdam dan Siti Hawa Alaihissalam.



26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk?
>Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala(ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai



27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
>Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.



28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat?
>Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helahwanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.



29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
>Tongkat Nabi Musa Alaihissalam



30. Wanita yang paling utama?
> Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun)dan Maryam Binti Imran.



31. Gunung yang paling utama?
>Gunung Tursina



32. Binatang yang paling utama?Kuda.



33. Bulan yang paling utama?
>Bulan Ramadhan.



34. Malam yang paling utama?
>Lailatul Qadar.



35. Tentang Atta’mah?
>Hari Kiamat.



36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun adalima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan?
>Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.Lima itu ialah lima waktu solat



37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai rohdan tidak wajib haji?
>Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.



38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu?
>Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telingapahit, air hidung masin dan air mulut tawar.



39. Nakir, fatil dan kitmir?
>Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yangterdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.



40. Sabid dan Labad?
>Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.



41. Sam dan Ram?
>Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.



42. Maksud keldai Makwak?
>Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.



43. Maksud anjing menyalak?
>Anjing menyalak bermaksud: Awas!Celaka bagi penghuni-penghuni neraka darikemurkaan Allah yang maha berkuasa.



44. Maksud jeritan kuda?
>Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tenteraberpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.



45. Maksud jeritan unta?
>Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya):Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.



46. Maksud nyanyian burung Bulbul?
>Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktupetang.


47. Maksud bunyi katak?
>Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.



48. Maksud kata-kata burung Nakus?
>Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam!Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkatlangit?.



49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin,manusia dan Malaikat?
>Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamutelah mewahyukan kepada lebih...



50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam?
>Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.



Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi."



Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

"beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."



Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.



Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."



Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.



"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LA ILA HA ILLALLAHU MUHAMMADAR RASULULLAH." Tegas ketua paderi.Mereka semua tersentak, terdiam.



Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.



Semua paderi memeluk Islam ."Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."



"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi."Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.



"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu."Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"



Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.



Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
والله أعلــم

Tinggal 7 hari lagi...

Alhamdulillah...

Tinggal 7 hari je lagi aku berkhidmat di Rumah Allah Darul Aman(Singapore).

Sedih sungguh rase hati ini..Tapi mungkin di sebalik ini ada Hikmah yang Allah hendak beri.

Bertemu dan berpisah kerana Allah..Pasti Allah akan balas dengan hasanah..

Ya Allah Engkau ampunilah dosa2 ku.Tanpa aku sedari Ya Allah..aku telah lupe kan amanah yang Engkau beri untuk aku berkhidmat di Rumah-Mu ini..banyak benda yang telah aku lengah2 kan sepanjang aku berkhidmat di sini.Jangan lah Engkau berhenti kan aku untuk terus berkhidmat di Rumah Mu Ya Allah..

Ya Allah..

Engkau beri ganjaran kepada mereka2 yang telah banyak mengajar aku untuk menguruskan Rumah-Mu ini Ya Allah..mereka tidak kedekut dengan pengalaman dan ilmu yang mereka ada sepanjang mereka menjadi khalifah untuk meguruskan Rumah-Mu ini..agar ia terus makmur..

Ya Allah..

Engkau tempat lah mereka2 ini dalam golongan2 hamba2 Mu yang telah banyak menghabiskan masa,harta dan diri mereka di jalan-Mu Ya Allah.

mereka telah berkerja keras untuk memakmur kan Rumah-Mu ini Ya Allah..

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hati kami Ya Allah...

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى االله على سيِّدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

والحمد لله رب العلمين

Thursday, July 10, 2008

Keluarga Bahagia...




Peribadi ibubapa terhadap anak-anak
Ibu bapa yang berjaya dalam mendidik ialah apabila anak-anak mereka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya. Di kala ini ertinya telah lahir dari mereka anak yang soleh dan solehah hasil dari didikan yang terbaik dari kedua ibubapa tersebut.
Antara sifat-sifat yang perlu ada pada kedua ibubapa yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak adalah:


1) Beriman dan bertaqwa.


Sebagai ibubapa kita perlulah menghiasi diri dengan iman dan taqwa. Untuk memupuk diri anak-anak supaya beriman dan bertaqwa maka kita perlulah memulakan dengan mengajak mereka melakukan ibadat secara bersama. Sekiranya ke majlis-majlis ilmu, bawalah anak-anak bersama walaupun kemungkinan anak tersebut tidak memahami kandungan ceramah tersebut, tetapi ia telah didedahkan dengan suasana ilmu yang memberangsangkan. Membiasakan anak-anak mendengar alunan zikir serta bacaan Quran akan melembutkan jiwa kanak-kanak tersebut sejak dari kecil.

2) Sabar.


Sifat sabar mestilah sentiasa ada pada kepada kedua ibubapa. Tidak salah jika kita mengalah dengan anak-anak sekiranya itulah jalan yang terbaik dan tentu lama kelamaan anak-anak akan mendapat pengiktirafan daripadanya. Sifat sabar yang ditunjukkan kepada anak-anak dalam banyak kategori iaitu sabar menahan diri kepada melakukan perbuatan jahat, sabar menjalani kewajipan dan sabar menahan diri dari kemunduran .



3) Menepati janji.



Anak-anak amat prihatin terhadap apa-apa yang kita perkata pada mereka terutamanya janji yang kita taburkan selagi kita tidak tunaikan maka selagi itulah mereka akan menuntutnya. Oleh itu sebelum kita berjanji dengan mereka perlulah difikirkan dahulu samada kita sanggup menunaikan ataupun tidak. Sekiranya kita tidak mampu menunaikannya janganlah sekali-kali kita berjanji dengan mereka kerana ia akan membawa kesan yang besar kepada keyakinan dan kepercayaan kalam kita pada masa akan datang.


4) Akhlak mulia.



Jika kita inginkan anak kita berakhlak mulia maka kita juga perlu terlebih dahulu beradab dan berakhlak mulia, jauhkan dari mereka menonjolkan akhlak yang tidak baik di hadapan mereka kerana ia akan membawa kesan tidak percayanya mereka terhadap kita .



5) Bermesra



Ibubapa yang baik, bijak dan kreatif akan menimbulkan keseronokan pada jiwa kanak-kanak. Mereka sentiasa merasakan kehidupan mereka dihargai dann diterima sepenuhnya. Seperti orang dewasa, anak-anak sukakan kemesraan dan gurauan. Ibubapa yang kelakar bisa menambah perbendaharaan kata anak-anaknya. Jadi secara tidak langsung, gurauan juga mampu membantu keberkesanan pendidikan asal tidak berlebihan dan ia berlaku dalam suasana yang sesuai.


6) Beri penghargaan.


Kanak-kanak memang inginkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan. Malah dengan memberi penghargaan itu mereka mungkin akan dapat menyerlah lagi sikap yang lebih baik dan cemerlang. Ibubapa perlu memupuk minat dan semangat mereka peringkat demi peringkat serta memberi penghargaan di atas setiap hasil yang mereka lakukan. Anak-anak akan lebih menghormati dan mengkagumi ibubapa yang bertanggungjawab dan bersedia meluang waktu untuk mengetahui kesulitan permasalahan mereka.


Pelita Hidup Seorang Insan....





GURUKU,

Telah kau corakkan kain putih menjadi sutera yang indah
Telah suburlah tanah yang tandus dengan bunga-bunga mekar
Telah lunaklah hati-hati yang keras dan membakar
Menjadi Insan yang tahu beradab dan bermaruah.


Bagai pelita yang rela membakar dirinya
Untuk menerangi laluan anak bangsa
Sanggup kau hadapi apa jua rintangan
Demi Menyelamat bangsamu dari lembah kejahilan



GURUKU,

Usah kau kecewa bila jasamu tiada penghargaan
Pengorbananmu mengajar aku arti sebenar keikhlasan
Yang tidak pernah mengharapkan balasan
Melainkan Keredhaan DariNYA ,
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.





hasil nukilan: PJ MDA S'pura....



>>>terima kasih atas sumbangan sajak yang Kak PJ berikan....<<<

Wednesday, July 9, 2008

ADAB ORANG YANG BELAJAR ILMU SERTA GURUNYA YANG MENGAJAR





سْم ِاللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم.

Adapun adab orang yang belajar ilmu serta gurunya yang mengajar akan dia itu beberapa perkara


(ya’ni banyak); tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazaly
(رحمه الله تعالى) di dalam Bidayatul Hidayah (sebanyak) sebelas perkara.

( Pertama ) Apabila berdapat (ya’ni bertemu) dengan gurunya, maka hendaklah (dia) mendahulukan memberi salam.

( Kedua ) Bahawa jangan membanyakkan berkata-kata pada (ya’ni di) hadapan gurunya itu.

( Ketiga ) Bahawa jangan ia berkata dengan barang yang tiada (di)izin(kan dahulu) oleh gurunya.

( Keempat ) Jangan ia bertanya akan gurunya melainkan kemudian daripada (ya’ni sesudah) meminta izin daripadanya (ya’ni gurunya).

( Kelima ) Bahawasanya jangan ia menyangkal akan perkataan gurunya itu dengan katanya, “si polan menyalahi akan (ya’ni menyatakan lain daripada apa) yang engkau (ya’ni gurunya) kata itu”, atau sebagainya.

( Keenam ) Bahawa jangan ia memberi isyarat akan gurunya itu dengan menyalahi (ya’ni untuk menyatakan lain) akan bicara gurunya, lalu (murid itu) menyangkai bahawa (dia) terlebih benar daripada (apa yang dikatakan) gurunya; atau terlebih tahu ia daripada gurunya. Maka yang demikian itu kurang adab kepada gurunya lagi kurang berkat.

( Ketujuh ) Bahawa jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk (iaitu duduk bersamanya) pada hadapan gurunya itu.

( Kedelapan ) Bahawa jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan pada hadapan gurunya itu, (bahkan sebaliknya) hendaklah ia duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam sembahyang.

( Kesembilan ) Bahawa jangan ia membanyakkan pertanyaan kepada gurunya itu tatkala segan gurunya itu daripada berkata-kata (ya’ni kurang suka memperkatakan atau membicarakannya), atau tatkala ia lelah (ya’ni letih atau penat).

( Kesepuluh ) Apabila berdiri gurunya atau baharu datang gurunya itu, maka hendaklah ia berdiri pula kerana menta’dzimkan akan gurunya itu, dan jangan diikuti pada ketika bangkitnya itu dengan pertanyaan dan soal(an). Dan jangan bertanya masalah pada ketika ia berjalan hingga sampai kepada tempat duduknya itu, melainkan kerana dharurat (ya’ni terpaksa) maka iaitu (ya’ni yang mana) tiada tertegah bertanya di dalamnya (ya’ni pada ketika itu).

( Kesebelas ) Jangan jahat sangka akan gurunya itu pada segala perbuatannya yang dzahir menyalahi i’tiqadnya, atau bersalahan perbuatan gurunya itu (ya’ni melakukan sesuatu yang lain daripada) pengetahuannya, atau dengan adatnya (ya’ni kebiasaannya); kerana gurunya itu terlebih tahu dengan segala hukum syara’ dan segala rahsia syariat, (seperti) hikayat Nabi Musa (عليه السلام) dan Nabi Khidir (عليه السلام).

(Nota: kisah ini adalah antara kisah para Nabi yang maksum, yang mana tidak boleh kita samakan apa yang berlaku iaitu melibatkan perbuatan berat seperti membunuh, dan merosak harta orang lain dalam konteks murid dan guru hari ini. Kisah ini hanya dibawa untuk ibarat atau contoh untuk menjelaskan keterangan adab kesebelas di atas sahaja iaitu adab dalam berhubungan antara murid dan guru, untuk menyatakan hakikat bahawa guru biasanya lebih faham akan rahsia sesuatu syariat.)

Maka bahawasanya (dzahir) perbuatan Nabi Khidir (عليه السلام) memasukkan (ya’ni merosakkan) akan perahu orang yang tempat ia menumpang akan dia (ya’ni perahu orang yang memberi mereka tumpang naiki dalam kejadian yang pertama), dan membunuh ia akan kanak-kanak yang belum berdosa (dalam kejadian yang kedua); maka dzahir perbuatan Nabi Khidir (عليه السلام) itu menyalahi ia (ya’ni berlawanan) akan syariat.
Dan sebab itu maka menegur Nabi Musa (عليه السلام) akan dia (ya’ni Nabi Musa (عليه السلام) menegur Nabi Khidizir (عليه السلام) itu) pada permulaan (ya’ni pada mulanya persahabatan dan perguruan mereka). Tetapi pada hakikatnya, tiada menyalahi ia (ya’ni perbuatan Nabi Khidir) akan syariat. Dan dengan sebab itulah bahawa Nabi Musa (عليه السلام) pada akhir perbuatannya itu membenarkan akan Nabi Khidir (عليه السلام) itu (ya’ni mengakui kebenaran perbuatan Nabi Khidhir (عليه السلام) itu) serta taslim (ya’ni tunduk) ia (ya’ni Nabi Musa sebagai murid patuh) akan dia(ya’ni Nabi Khidir sebagai gurunya).


والله الموفق أعلم ؛
وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون؛
وغفل عن ذكره الغا فلون؛
والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

NUR MUHAMMAD ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH oleh alkausar

1.
ASAS DARI AL-QURAN
1.1
Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Qur’an 5:15-Terjemahan Ar-Rahman)Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:

Jalal al-Din al-Suyuti(Tafsir al-Jalalayn, 139): "Ia adalah Rasullullah s.a.w"
Ibn Jarir al-Tabari (Jami‘ al-bayan, 6.161): " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."
Fakhr al-Razi (al-Tafsir al-kabir, 11:194): "Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"
al-Baghawi (Ma‘alam al-Tanzil, 2.228): " Ia bermaksud Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam " dan Qurtubi (Ahkam al-Qur’an , 6.118) berpendapat seperti di atas dan Mawardi (al-Nukat wa al-‘uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad"bagitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H).

Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah didzahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."

al-Qariberkata dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia. Beliau juga mengatakan (1:114, edisi Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan baginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan." Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari adalah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir; tegasnya menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian.

1.2
Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang berusaha mengumpul berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasa’is al-kubra, pada bab pertama, hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran:

(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka); (Qur’an 33:7-Terjemahan Ar-Rahman)Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).

Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:
Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa.".

1.3
Penjelasan bagi Ayat 26:217-219:

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. (Qur’an 26:217-219 -Terjemahan Ar-Rahman)Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;
Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'. (lihat Qadi `Iyaddi bawah)

1.4
Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 24:35-Terjemahan Ar-Rahman)

Suyuti berkata dalam al-Riyad al-aniqa:
" Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan."

1.5
Firman Allah s.w.t:

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. (Surah 33:45-46 -Terjemahan Ar-Rahman)

Qadi al-Baydawi berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau, ia mungkin bermaksud lampu."Ibn Kathir menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi., ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak siapa menolak melainkan ......"
Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk semua yang menyinari."
al-Zarqani dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan langsung."
~~~~~ o O o ~~~~~

2.
ASAS DARI HADITH
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:

2.1
Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757

2.2
Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahanda ku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam
beberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,
Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,
dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130 dan
Hakim.

2.3
Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar. Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
al-Tilimsani

2.4
Jabir ibn `Abd Allah r.a. berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mu, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........." (petikan sebahagian).
`Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."

`Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib. Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd al-Razzaq (m 211H) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400 ahadith.

`Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
`Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
Nabahani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, juga lihat al-Qasim #261.)

2.5
Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).

2.6
Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4)

2.7
Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasa’is al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.
~~~~~ o O o ~~~~~

3.
ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN .

3.1
Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:
"Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini engkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam diri semasa mereka menutup diri mereka dengan daun daun Kemudian engkau turun melalui masa Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu. Kami berjalan in dalam sinaran itu dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "
Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, dan juga disebut olehIbn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan, Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'

3.2
Ibn `Abbas berkata, "Ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s."Ibn `Abbas juga menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219) di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."
al-Shifa oleh Qadi `Iyad.

3.3
Lain-lain rujukan berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas sila lihat :
Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.

3.4
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."

3.5
Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau ‘manusia’, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda : Muhammad adalah seorang manusia, tetapi tidak seperti kemanusiaan Baginda adalah permata, sementara manusia adalah batu.

3.6
Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikan kepercayaan seperti ini dengan Islam yang tulin kembali.

3.7
Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Ini jelas pada ayat 24:35, jikapun diterjemahkan sebagai "Allah, Dia Cahaya langit dan bumi. ......." tidak dapat dipisahkan dengan "Petunjuk Allah kepada nurNya itu;" pada ayat yang sama. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan pada Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah hendaklah diletak pada prespektif yang sebenar seperti juga Baitullah tidak seharusnya dilihat sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah sebagai unta betina tunggangan Allah, nauzubillah. Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

~~~~~ o O o ~~~~~
4
RUMUSAN

4.1
Ketara pada penjelasan di atas, Muhammad sebagai Nur ataupun Nur Muhammad bukanlah suatu perkara asing pada zaman dan di antara kalangan para sahabat, Salaf as-salihin mahupun generasi Khalaf as-sadiqin. Ulama-ulama tafsir dan hadith pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien ini telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing walaupun diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri.

Sebagai contoh, Al-Bukhari yang bergelar Imam hadith adalah jauh lebih tinggi kemampuannya dari seseorang yang bertaraf hafiz hadith. Sebagai imam hadith termaklum bahawa penguasaan ahadith beliau jauh melebihi 600,000 perawian. Tidakkah menghairan kenapa beliau memasukkan hadith di atas di dalam Sahih beliau yang merujuk kepada apa yang diistilahkan sebagai Nur Muhammad, jika beliau sendiri tidak yakin mahupun menerima insitusi Nur Muhammad? Paling mudah dan selamat, beliau boleh memutuskan untuk tidak memasukkan perawian hadith berkenaan di dalam Kitab sahih beliau walaupun ia sahih dari segi sanad. Justeru, adakah Imam Bukhari was-was terhadap matan hadith berkenaan?

Dari sudut tasawwuf, institusi Muhammad s.a.w itu adalah luas dan jauh lebih luas dari kefahaman umum. Jika tidak, tasawwuf sendiri tidak akan jadi satu bidang pengajian yang formal jika ia bagitu mudah. Bagitu juga institusi Muhammad s.a.w dalam tasawwuf tidak akan dikaji secara mendalam jika telah ada cabang lain dalam Islam yang mampu mengkaji lebih baik dari bidang tasawwuf sendiri. Institusi Muhammad s.a.w perlu dikaji dengan lebih luas, lebih teliti dan lebih jitu kerana ada dalil dari Al-Quran dan hadith mahupun riwayat para sahabat, tabien dan tabiet-tabien yang menunjukkan sedemikian rupa. Ini memerlukan ia dikaji dengan lebih mendalam agar dapat diletakkan asas yang tepat terhadap institusi berkenaan.

Penulisan ini adalah setakat untuk menampakkan bahawa ada asas untuk mengkaji dan perlu dikaji Muhammad sebagai Nur, selain daripada setakat menerima Muhammad sebagai "abu basyar" sahaja. Paling ringkas, orang awam sendiri sedar bahawa institusi diri mereka sendiri mempunyai jasmani dan rohani. Itupun tidak mereka kaji sepenuhnya dan menjadikan ia satu bidang yang formal. Contoh, bidang kedoktoran sahaja adalah cuma sebahagian dari bidang jasmani. Kita tak dapat nak nafikan bahawa institusi pengkajian ini adalah amat luas dan melibatkan beratus ribu pakar diseluruh pelusuk dunia baik muslim mahupun bukan, dan masih ada lagi banyak persoalan yang berlum berjawab berbanding dengan yang telah dapat dijawab. Jawapan inipun seringkali diperbaiki dan diubah, dari masa ke semasa.

Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf. Kita tidak nafi kewibawaan mereka dalam bidang mereka. Cuma persoalannya, pernahkah seorang pakar gigi mempersoalkan berkenaan pengajian perbedahan ataupun istilah-istilahnya? Pernahkah pakar jiwa yang mempunyai berbagai-bagai therapy mereka mempersoalkan kenapa rawatan cancer mengunakan perkataan therapy dalam istilah chemotherapy? Jauh sekali seorang jurutera letrik. Inilah yang dikatakan "professional ethic. "Sesungguhnya Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

Semua melaung-laungkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim lain yang sependapat dengannya dan tidak lebih dari itu. Antara sumber rujukan terawal berkenaan isu ini ialah kepada Prof. A. E. Affifi (edisi 1938).

Adakah ini dalil? Paling dekat setakat yang penulis pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun bagitu adakah ini dalil, sedangkan edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang. Selain dari itu, rujukan demi rujukan rata-rata 'berkiblatkan' L. Massignon, Prof. Reynold A. Nicholson dan anak muridnya A.E. Affifi, M.A. Palacios, Whittaker(The Neo-Platonists), Wensinck (Encyclopedia of Islam) dan sepertinya. Tidakkah ini bertaqlid?
Ada baiknya, sangkalan seperti ini di rujuk terus kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik lagi asli. Ini lebih tepat walaupun masih tidak dapat diterima sebagai dalil. Sekurang-kurangnya kita yang meraba-raba mencari kebenaran akan tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu.

Mengapa amat kurang dan kebanyakan masanya tiada rujukan kepada nas dan ahadith, baik terhadapnya mahupun sebaliknya. Pun bagitu, perlu diingatkan bahawa penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh. Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:

1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan tafsirnya sekali .
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.

Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga penulis yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan penulis di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semestinya penulis akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.

Sesungguhnya nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.

>>>>Ihsan dari web:http://www.bicarasufi.com/bscweb/

Tasawuf Adalah Intipati Islam

Istilah tasawuf belum lahir di zaman Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah masih hidup, beliau mengajarkan Islam kepada para sahabat secara satu kesatuan. Meskipun sudah ada pembagian ilmu berdasar Iman, Islam, Ihsan, tetapi Rasulullah mengajarkan ketiganya sekaligus.

>Benarkah Tasawuf berasal dari Agama Islam?


Tasawuf memang berasal dari Islam. Sebagian orang yang kurang pengetahuan atau memang sengaja ingin menyesatkan, mengatakan bahwa tasawuf berada dari agama hindu ataupun budha. Sesungguhnya tidak. Tasawuf berasal dari satu pilar Islam. Ia adalah satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan dengan aqidah (tauhid) dan fiqih (syariat lahir). Ia adalah ajaran dan amalan Rasulullah SAW beserta para Sahabat ra. Sesungguhnya tanpa tasawuf agama ini akan kehilangan ruhnya dan tidak ada bedanya dengan ideologi buatan manusia. Beku, karena ilmu yang ada hanya bermain di akal, tidak di hayatidalam hati. Penghayatan dalam hati sehingga melahirkan akhlak mulia inilah tugas tasawuf.
Dalam tasawuf, kita dianjurkan untuk memiliki dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas, adil, sabar, pemurah, zuhud (tidak terikat dengan dunia), berani, rendah hati, wara’ (menjauhi maksiat), dan lain-lain sifat batiniah. Juga untuk membuang sifat-sifat mazmumah (keji) seperti sombong, mementingkan diri sendiri, pemarah, pendendam, kikir, tamak, penakut (pada selain ALLAH), cinta dunia, riya’ (pamer), dan banyak lagi. Dari situ tentu kita dapat memastikan bahwa inilah ajaran Nabi kita SAW. Jika kita membaca riwayat kehidupan Rasulullah SAW memang seperti itulah akhlak beliau dan para sahabat ra. Jika ada kesamaan pada ajaran agama lain tidak berarti bahwa tasawuf berasal dari agama tersebut; karena seshungguhnya fitrah manusia menyukai sifat-sifat mahmudah dan membenci sifat-sifat mazmumah, tentu wajar jika hal ini diajarkan juga oleh agama selain Islam.Istilah tasawuf sendiri belum ada di zaman Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW masih hidup, beliau mengajarkan Islam kepada para Sahabat secara satu kesatuan. Meskipun sudah ada pembagian ilmu berdasar Iman, Islam, dan Ihsan, tetapi Rasulullah mengajarkan ketiganya sekaligus. Hal ini sangat efektif karena Rasul saat itu masih hidup sehingga menjadi contoh langsung terhadap ilmu Al Qur’an. Para sahabat pun adalah orang-orang terpilih yang langsung paham apa yang dimaksud oleh Rasulullah SAW. Seandainya mereka tidak faham mereka dapat bertanya langsung kepada Rasulullah SAW dan mendapat jawaban langsung dari Rasulullah SAW.
Sepeninggal Rasulullah dan para Sahabatnya, setelah Islam berkembang, ilmu-ilmu islam pun mengalami perkembangan yang hebat juga. Jika tadinya yhanya iman, islam dan ihsan, mulailah muncul imlu-ilmu baru seperti ilmu tafsir, nahu sharaf, musthalah hadis, ushul fiqih dan lain-lain. Umat Islam pun terdiri dari berbagai macam bangsa dan berbagai bahasa. Untuk memudahkan dalam mempelajari Islam, para ulama Islam membagi ilmu-ilmu dengan memberinya istilah baru seperti aqidah untuk iman, fiqih untuk Islam, dan tasawuf untuk ihsan. Dalam mempelajari ilmu Islam dibolehkan secara terpisah seperti ini, tetapi dalam pengamalannya wajib serentak antara iman (aqidah), islam (fiqih) dan ihsan (tasawuf). Dari Ihsan atau tasawuf inilah akan melahirkan akhlak yang mulia.




Diambil dari http://www.rufaqa-indonesia.com/

Tempat aku keje


MASJID DARUL AMAN,SINGPORE




BRIEF HISTORY


The members of Darul Aman Mosque Building Committee was appointed by MUIS on 2nd May 1982. The Committee was made up of 34 members. Darul Aman Mosque was to replace the Aminah Mosque (Masjid Aminah), which had t be demolished to make way for the redevelopment of the Kampung Ubi and Geylang Serai area.The Mosque is located in a land area of 3,627 metre. The land was purchased at the cost of $387,917.00. The construction of the mosque cost $2,583,000.00. Both costs were met by MUIS through moneys collected under the Mosque Building Fund programme in which all working Muslims make their monthly contribution. Ground and building work for the mosque started on 3rd June 1984.
FUNCTION OF THE MOSQUE BUILDING COMMITTEE

Upon its appointment, the Mosque Building Committee was given the task to raise $300,00 for the interior decoration, furnishings and fixing of the Mosque in four years. The committee held numerous fund raising activities such as:
House-to-house collection of donation; Letters to individuals and firms requesting for their donations; sale of food for charity; Jog-a-Walk; and sale of donation coupons.
By the end of May 1986, two months before the official opening of the Mosque, the committee had raised more than $500,00.00.
MOSQUE BUILDING DESIGN CONCEPT

Darul Aman Mosque was built with an open concept that provides for good natural ventilation. The open concept also creates a spacious and cool atmosphere within the Mosque. The Mosque is made up of three separate building blocks with rectangular footprints and pitched roofs.
The main prayers hall is located in the centre while the other two smaller building are connected to it by link ways with roof of design similar to the Minangkabau style. The buildings have roof beams that are exposed within the way Malay houses were built in the past.

The main prayer halls are located on three levels. With the exception of Fridays, the prayer halls in the second and third levels are solely for ladies to conduct their normal prayers. The garden in the grounds around the Mosque is landscaped with coconut trees, cinnamon trees and the like.
LOGO The logo symbolizes Islam and a Mosque.The spelling "DARUL AMAN", in jawi contains five distinct vertical lines that symbolizes the five pillars of Islam and the five daily prayers.
These lines are arranged to form the shape of the roof of the mosque as a house of worship for Muslims. The Arabic characters "MIM" and "RA" cross each other to signify the accomplishment of peace when performing prayers.The logo is also designed based on the Islamic art of "KHAT"
Logo designed by Ustaz Tarmidzi Haji Eksan

KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM BERKEMBAR DITOLAK

Mesyuarat Pentadbiran Al-Azhar berhubung Kemasukan Mahasiswa Malaysia ke Al-Azhar (Muadalah) yang diadakan pada 30 Jun 2008 yang lalu telah bersepakat menolak rayuan daripada Malaysia berkenaan isu ini.Pihak PMRAM sedang menunggu keputusan rasmi selepas permohonan kali kedua akan diuruskan pada minggu hadapan.

>>>>>Bagi Sahabat2 sepejuangan doakan lah agar Allah permudah kan ursan kami...<<<<<<<


keratan dari web PMRAM:http://e-pmram.page.tl/

Suluk.....


Allah...
tak tau macam mane aku nak mula kan...

seperti biase lah..kita ni sebagai manusia selalu lalai dengan diri sendiri..

dengan keadaan iman yg begitu lemah..telah membuatkan diriku bertambah lalai untuk mengingati Allah Rabbul Jalal..

Seperti masa2 yang sudah..suluk diadakan..bagi mereka merawat penyakit hati(kehitaman hati).

Hati ku begitu keras..sehingga aku tidak dapat nak mengangis dengan Allah..
aku merancang dan begitu semangat untuk bersuluk bersama2 teman2 ku..

tapi...
aku tidak dapat berada sekali dengan depa pada waktu ini..sedih sungguh hati..

Ya Allah..adekah ini ujian atau kifarah yang Engkau bagi pada aku atas kelalaian dan kealpaan diri aku ini?

Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala hajat urusan aku untk bersuluk sebelum aku pergi jauh lagi..

bagi lah aku peluang agar aku dapat mengingati Mu setiap saat dari hidup ku..
aku harap dengan sangat2,

aku dpat bersuluk sebelum aku kemesir..sebelum aku menyambung pengajian ku di universiti yang banyak melahir kan para ulama2 Islam seluruh dunia...

Amin..Amin..Ya Rabbal 'Alamin...